Anwar belum bersumpah lagi !

Insya Allah saya akan bersumpah ! kata Anwar semalam… Itu sahaja yang mampu diulas oleh Anwar selepas bertubi tubi diserang dengan desakan untuk bersumpah hingga beberapa tokoh ulama memintanya bersumpah. Tup tup dia kata ; ulama melarangnya bersumpah..

Perhimpunan semalam telah gagal..Meskipun dijangka sejuta namun hanya 25 ribu sahaja yang mampu ‘ ditarik ‘ samada dengan sponsor minyak atau makanan ; bagi menyertai protes tersebut…Rakyat sudah letih dengan permainan Anwar yang ‘ mempedaya’ rakyat selama ini…

Rupanya Anwar masih ada alasan kenapa beliau tidak bersumpah… Alasan lebih kukuh kerana ulama melarang beliau…Ahhh….alasan yang direka reka dan untuk memperdaya rakyat.. Sedangkan Mufti Perlis, Perak dan Nik Aziz dah suruh beliau bersumpah ! kenapa dikatakan beliau dilarang bersumpah oleh ulama sedangkan ulama sendiri yang menyuruhnya bersumpah ?

Anwar berkata, selain Harussani, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya dan beberapa ulama lain menegaskan beliau tidak perlu bersumpah.

Katanya, Harussani membuat penegasan beliau tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam.

“Tunggulah kenyataan Mufti Perak itu keluar nanti,” katanya.

Ini satu lagi tipu helah Anwar. Takkanlah selepas suruh bersumpah Si Mufti akan melarang dibuat sumpah. Anwar sekali lagi menggunakan ulama bagi menutup kelemahannya di dalam isu sumpah ini. Disuruh rakyat menunggu kenyataan Mufti Perak tersebut yang sudah jelas sebelum ini memintanya bersumpah…Rasanya Dato Mufti tidak akan ‘dipujuk’ melarang Anwar bersumpah kerana ia adalah arahan Allah dan Rasulullah s.a.w yang diamalkan sejak zaman berzaman.

Sebenarnya Anwar boleh membuat sumpah dalam perhimpunan semalam dan juga sebelum itu. Namun Anwar membisu dan mereka cipta alasan demi alasan bagi menutup ‘kemaluan’ yang telah di’telanjangkan’ oleh Saiful.

Bahkan Anwar semakin bongkak lagi kerana mengugut ingin menyaman Datuk Hamid Albar … Jika berjaya ia akan menambahkan lagi koleksi samannya yang selama ini sudah ‘ mengena’ beberapa personaliti seperti Tun Mahathir, Nallakarupan, Chandra Muzaffar, Khairy Jamaludin dan terbaru Saiful Bukhari Azlan.

Anwar oh Anwar…..

Sumpahlah kan senang….cepat cepatlah bersumpah selesai masalah. Sekarng orang akan nampak Anwar sudah takut dengan isu liwat dan sumpah ini…

Jom kita desak lagi biar dia akan ‘termakan dengan sumpah’ sebagai balasan putar belitnya selama ini memperdayakan rakyat hingga menentang kerajaan pilihan rakyat demi memberinya peluang menjadi pemimpin Malaysia keenam yang tentu tidak akan diizinkan TUhan…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s