PAS sudah menyisihkan diri atau akan disisih oleh PKR ?

Ini ‘firasat’ saya apabila bangun pagi ini membaca kutukan bertimpa timpa ke atas PAS khususnya pemuda PAs.. Ia satu ‘ signal’ perjalanan politik terbaru Pakatan Rakyat setakat saat ini dan tentunya BN yang semakin kukuh dengan pengukuhan UMNO melalui pengumuman Pak Lah semalam bahawa Najib akan menjadi PM tahun 2010 nanti, pasti melegakan rakyat dan menggugat Pakatan Rakyat sendiri.

Pemimpin datang pergi di dalam UMNO atau PAS atau mana mana parti sekalipun.

Sayuti Omar menyelar Pemuda PAS dan membela Dr Hatta Ramli di tengah tengah kemelut isu terbaru iaitu kegagalan protes yang berlangsung Ahad lepas hingga mengkecohkan ‘jagat’ alam dengan insiden memalukan yang ada juga diceritakan ia adalah sabotaj dari Hishamudin Rais sendiri yang terbuka ingin memberi mesej jelas kepada kepimpinan PKR yang sekarang ini sudah mula menjadi golongan elit dan melupakan pejuang pejuang seperti Hishamudin dan group indie dan underground seperti mereka yang sanggup disembur dengan air beracun dan gas pemedih mata semasa geraka reformasi 1998.

Yang sebenarnya ; Allah lebih mengetahui.

Sayuti Omar dengan keras mengkritik :

Saya pernah bertanya di mana Pemuda PAS tatkala mesyuarat Protes dikuasai oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK)?

Saya kesal kerana dalam hal ini, di peringkat awal lagi, Pemuda PAS kelihatan pengecut. Mereka menjadi tin kosong yang begitu hebat berbunyi.

Ketidakbijaksanaan Nasruddin Tantawi menguruskan isu ini sekali lagi menyebabkan saya hilang kepercayaan dengan Pemuda PAS.
Apapun, seorang pemimpin sepertinya tidak harus bertindak membincangkan isu yang bersifat dalaman dengan menggunakan media yang menjadi tatapan umum (blog).

Sudahlah Pemuda begitu bongkak dengan tidak menghantar wakil ke mesyuarat Protes, pelbagai kenyataan dan “hukuman” pula yang kalian berikan. Sepatutnya Pemuda PAS yang begitu lantang bersuara perlu berasa malu dengan apa yang terjadi.

Sebenarnya komen Sayuti Omar tidak lebih dari menjaga periuk nasi beliau sendiri yang sekarang ini ‘ dibom’ dengan kes liwat di saat saat beliau sendiri terpedaya dengan perang saraf Anwar Ibrahim bahawa saat saat menjadi PM sudah tidak lama lagi iaitu pada 16 September depan.

Dengan menjual buku politik bertajuk : jalan pintas ke Putrajaya, saya pasti Sayuti Omar tentu mengharapkan keuntungan yang besar dari jualan bukunya. Lebih lebih lagi kerja menulis memang memerlukan beliau memastikan hasil tulisannya akan dibeli dan dicari oleh orang ramai hingga ‘ memenuhi kantungnya’ dengan wang yang banyak, meskipun terpaksa memberi sedikit’ ruang bernafas’ kepada PKR yang sekarang sudah jelas ditolak PAS secara tidak langsung. Bukan disisihkan PKR atau DAP.

PAS sebenarnya telah ‘ditipu’ PKR dan DAP yang tidak ada nilai dan komersil dalam arena politik Malaysia. Namun PAS menjadikan keghairahan menentang BN hingga menimbulkan kerjasama antara parti ‘ anti Islam’ bernama DAP dan parti liberal Islam@multi agama seperti PKR ; telah memakan diri PAS sendiri hingga menyisihkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum disisihkan atau tersisih. PAS jelas menolak memberi kerjasama dengan menghadiri beberapa perhimpunan Pakatan Rakyat hingga desas desus sudah timbul bahawa PAs sudah mengadakan rundingan dengan UMNO dan Hj Hadi nampaknya tidak ada lagi ‘ tahaluf siyasi’ sekarang ini dan tidak dapat menahan diri lagi ‘diperlakukan dengan hina ‘ oleh mereka yang antikan Islam sedangkan beliau masih lagi berjubah dan berserban di akhir zaman ini !!!

Krisis ini pasti berpanjangan kerana Sayuti Omar telah menulis isu ini dan ia telah dipaparkan oleh akhbar ‘pengadu domba’ terbesar di Malaysia bernama Malayysiakini dan ini tentu menjadikan beliau sasaran ramai penyokong PAS yang tentu tidak bersedia menerima kritikan liar dan keras tidak bertempat seperti luahan beliau.

Jika Sayuti menyelar Nasruddin Tantawi kerana mendedahkan isu dalam parti di blog, Sayuti Omar juga 2×5 5×2 dengan orang yang dikritiknya.

Dengan menonjolkan diri sebagai orang dekat dan rapat dengan Nik Aziz, Sayuti Omar sebenarnya telah dikategorikan sebagai orang luar dari kebiasaan dan sayugia tidak membangkitkan isu isu dalam dan tidak puas hatinya di dalam blog. Namun, realiti tidak sedemikian. Beliau bertali arus ‘ menembak’ sesiapa sahaja yang tidak memberi kepuasan hatinya dan tidak bersedia barangkali memberi ‘ kerjasama’ seperti mana Husam Musa memberi ‘ kerja dan sama sama ‘ membantu menyerang menggunakan alam siber dengan bantuan orang kepercayaan bernama Kickdefella atau Sheih Azidi. Mungkin populariti Husam dan Sheih Azidi mengatasi Sayuti Omar, mengjengkelkan beliau hingga sudah jelas sekarang Sayuti Omar terasa hati dan membawa diri hingga Malaysiakini sendiri telah mempopularkan beliau dengan harapan ia akan memusnahkan ‘ nafsu’ PAS untuk terus kekal dalam Pakatan Rakyat dan Anwar serta Lim Kit Siang akan ketawa terbahak bahak dengan sikap PAS yang keluar Pakatan Rakyat selepas berpenat lelah menjagi ‘kaldai’ tunggangan mereka berdua , bukan PAS menunggang mereka. Bahkan lagi lagi Anwar dikatakan mereka reka tuduhan liwat ini dan telah menungginglah Saiful Bukhari Azlan beberapa kali hingga diliwati dan dicabuli samada paksa atau dengan rela dan sepenuh hati… Sekali lagi PAS kecewa dengan aksi menungging tersebut yang jelas telah disokong Malaysia Today dengan artikel menghalalkan homoseks di lamannya baru baru ini.

Kesimpulan sekarang, PAS dan PKR telah menemui titik pertelingkahan dari hari demi hari. Ia hasil serangan berterusan dan juga kesilapan kesilapan mereka sendiri yang jelas tidak menemui ‘ nilai persamaan’ yang ingin dikongsi menerusi permuafakatan mereka atas nama Pakatan Rakyat lantaran perbezaan ideologi akan menjadikan mereka sentiasa berbeza pendekatan dan juga pandangan hingga yang akan jadi mangsa akhirnya ialah kita yang telah ‘terpedaya ‘ dengan memberi undian ( jika ada ) kepada mereka PRU yang lalu.

Moga PRU 13 tidak ada lagi ‘ kesilapan’ dan kita akan pastikan kesilapan tadi akan digantikan dengan kemengan besar kepada kerajaan yang dijangka dipimpin ketika itu oleh PM baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak jika benar keputuan dan pengumuman Pak Lah semalam..

Pastinya Pak Lah tidak memerlukan masa yang panjang untuk menjadi pemimpin hebat. Seperti Saidina Ali yang memerinta beberapa tahun sahaja tetapi menjadi ingatan berterusan semua orang yang dapat menilai dengan jelas hasil pemerintahan beliau ketika itu.

Wassalam.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s