PROTES : Dr Hatta Ramli dikecam hebat dalam blog beliau

Saya menemui beberapa ulasan dari ahli PAS sendiri berhubung isu protes dan londeh melondeh minggu lepas. Esok genaplah seminggu insiden tersebut dan tentunya kita masih lagi terasa hati dengan insiden memalukan PAS tersebut dan juga memalukan semua yang ada ‘ kemaluan’ dalam diri mereka. Kerana membenarkan artis ‘jilat ‘ menyanyikan lagi di hadapan kanak kanak dan orang tua serta lebai lebai yang hadir atas semangat dan kehendak sendiri apatah lagi kerana diuruskan oleh Bendahari PAS sendiri iaitu Dr Hatta Ramli.

Namun mereka kecewa. Berikut kekecewaan mereka yang saya temui untuk dikongsi bersama…Blog beliau boleh dibuka di sini.

Blogger jihad4iman berkata…

PROTES: PUNAH!! Itu Ucapan Saya Ketika Masuk Stadium. baca lagi dalam
http://demokorup.blogspot.com

Dr, maap kalau posting saya keterlaluan, apapun Dr perlu mintak maap secara terbuka kepada semua penyokong PR, takut nanti rakyat di bawah tak paham. Saya tetap sokong dan akan turun dlm stp demo kita. tapi perlu baiki sikit..

2008 Julai 8 03:18

Blogger Bukit Akim berkata…
PETIKAN DARI LAMAN TKO………
“Berita TV 9, mengisahkan penyanyi rock londeh seluar semasa konsep “Protes” Kita tak perlu ulas berita tersebut. Peristiwa tersebut benar dan sahih. Namun yang mengdukacitakan segelintir pimpinan Pas pusat hadir, solah-olah membenarkan pesta sonsang atau perta londeh seluar “PROTES”

Kebetulan saya bertemu Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman dan bekas calun DUN Cukai Tuan Haji Hanafiah bin Mat, bekas tahanan reman POLIS KES MASJID BUJAL yang diroboh oleh regim UMNO Kemaman.

Disini kami rakamkan perbualan dan unjukrasa beliau peristiwa “PROTES” yang diketuai oleh Yb, Dr, Hatta orang penting dalam unjukrasa “Protes ” yang membawa sial dan episop duka dan derita kepada Jamaah Islam dan Parti Pas pada amnya.

Dalam perbualan Sdr. Haji Hanafiah bin Mat amat murka dan marah kepada wakil Pas Dr. Hatta satu-satu isan yang merelai dan mengadai maruah Parti Pas. Dimana tarbiyah Islam yang didokong dan dianuti?. Adakah Yb Dr. Hatta terlupa tarbiyah Islam yang didik semenjak kecil dan terkenal dengan gah dan jitu dalam perjuangan Parti Pas yang dokong selama puluhan tahun?.

Persoalan yang disuarakan oleh Sdr Haji Hanafiah dan semua pemuda PAS Kemaman kepada YB Dr.Hatta adakah beliau hilang punca apabila berkot dan bertali leher bergelar Yang Berhormat atau YB Dr. Hatta hilang pertimbangan dek diulik sedikit kemegahan dan berkawan dengan Hisamudin Rais?/PKR?

Semua atau sebahagian pemuda Pas Kemaman menamatkan mesyuarat awal, untuk hadir dalam unjukrasa ‘PROTES”, Ini kerana pimpinan Pas Kemaman dan Pemuda diajar dengan konsep tarbiyah yang betul. Hadirkan diri untuk mengzahirkan kezaliman yang nyata.

Namun rasa terkilang dan cukup memualkan apa yang diharap dan ditarbiyahkan tidak sama apa yang terhidang dalam program tersebut. Seribu kekesalan dan benci pada orang yang bernama Yb, Dr, Hatta . Kamu di ibarakan Mengharapkan Pagar, Pagar Makan Padi. Bagaikan kadok naik junjung

Itulah sekelumit rintihan bekas tahanan reman Polis merangkap Timbalan Yang di pertua PAS Kemaman dan bekas calun DUN CUKAI pru 12 yang lalu.

Dengan ini kami meminta pimpinan PAS yang hadir dalam program tersebut meminta maaf secara terbuka kepada penyokong PAS kawasan Kemaman malah semua pelusuk tanah air. Terutama YB.Dr, Hatta. pemain utama dalam pesta rock londeh seluar “Protes”.

Bagi Sdr Haji Mat Sabu dan YB utz. Nazaruddin perlu juga meminta maaf kepada penyokong dan pencinta Islam kerana kamu hadir dan BERUCAP dalam pesta londeh seluar dalam program “PROTES” .

cIKGU K KRAI.

2008 Julai 8 17:21

Blogger addy berkata…
Satu kejadian yang amat memalukan pada tanggal 6 Julai yg lepas…Saya kesal kegagalan anda dlm melaksanakan amanah utk memastikan kebencian rakyat pd kezaliman yg dilakukan oleh pemerintah. Tiada ungkapan maaf drp anda sendiri sebagai pengerusi PROTES atas insiden yg memalukan tersebut….anda terus angkuh dan mabuk bila mana mengatakan jumlah kehadiran pd prog tersebut melebihi angka 30ribu….memanglah anda berangan-angan….alasan anda mengatakan tidak dapat menjangka sebarang tindakan yg akan dilakukan oelh artis kumpulan yg dijemput tak ubah seperti alasan seorang anak kecil yg baru mula utk belajar berfikir utk membohongi orang tuanya…anda sebenarnya telah hilang punca…hilang pedoman dlm membuat pertimbangan dan keputusan. jangan lah anda menyalak utk menyalahkan unit amal dan pemuda yg telah “KELUAR” meninggalkan prog tersebut tanpa berfikir dgn waras kenapa tindakan tersebut diambil oleh mereka….saya amat bersetuju agar PROTES ini diteruskan dengan syarat anda tidak duduk dlm jawatankuasa tersebut sebagai wakil PAS…..anda telah khianat pd amanah….saya cabar anda utk membuka ruang undian bagi melihat andakah anda masih popular lagi atau tidak atas kejadian 6 julai tersebut…..saya cabar anda!!!!!!

2008 Julai 9 10:24

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s