Kickdefella puji Shabery ( baca : dengan malu malu kucing )

Tahniah Shabery ! tajuk artikel Kickdefella hari ini.. Mungkin dia sendiri merasa teruja dengan kepantasan fikiran dan hujah yang bernas dari Shabery. Tetapi malu nak puji secara jelas takut ‘dipotong gaji’ oleh Husam Musa yang menjadi ‘otai’ beliau selama ini.

Tidak pelik kerana seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas muka merah padam Anwar ketika disoal dan menjawab hujah serta ketika isu berkaitan beliau dikaitkan kembali hingga ‘ luka lama telah berdarah’ dengan teruk sekali.

Kita tidak tahu secara tepat kenapa Shabery beria ia mengajak Anwar berdebat tetapi ia sesungguhnya memberi erti antaranya :

1. Kerajaan semakin terbuka

2. Pembangkang dibelasah dengan gentleman di hadapan rakyat.

3. Menteri kabinet pilihan Pak Lah dari golongan cerdik pandai dan berkebolehan.

4. Ia menafikan tuduhan kerajaan menyekat suara pembangkang.

5. Ia mematikan hujah pembangkang yang ingin menurunkan minyak secara tidak praktikal.

6. Ia menjadikan kredibilit UMNO/BN semakin naik di mata rakyat.

Inilah yang dibuktikan oleh Pak Lah selaku Perdana Menteri paling terbuka dan paling sabar setakat ini. Ia menunjukkan kerajaan memang bertanggungjawab dan tidak menzalimi rakyat.

Yang zalim ialah pembangkang yang mengata kerajaan tidak menjaga kebajikan walhal faktanya tidak sedemikian.

Hidup Pak Lah !!!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s