Perihal dakwaan Anwar kata Umno tuduh Pakatan Rakyat retak…

Anwar kata begitu di saat saat Hj Hadi sendiri kata orang PAS bukan bodoh. Anwar kata begitu ketika mana PAS sudah marah dengan Anwar dan PKR yang tanpa segan silu memanipulasi PAS lagi sekali untuk protes yang londeh seluar hingga nampak seluar dalam di saat menyanyikan lagi jilat oleh Alak dari Carburator Dung.

Gambar dari blog Anwar sendiri menceritakan di kala Anwar cuba menafikan keretakan hubungan antara Pakatan Rakyat.

Memang benar gambar mempunyai seribu makna. Dan gambar gambar di bawah menceritakan lebih lanjut mimik muka Hj Hadi dan Anwar Ibrahim ketika bersama sama majlis tersebut.

Orang politik tidak sama orang tidak politik, walau berkelulusan agama dan hebat taraf sijilnya. Ia bukan jaminan ukuran takwa di serban dan jubah serta kitab berjela jela panjang jilidnya. Ia soal iman di hati dan dari hati turun ke hati.

Gambar 1

https://i1.wp.com/anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2008/07/img_4552.jpg

– Gaya seakan menyindir dari pihak Hj Hadi dan Anwar seolah olah ‘terasa hati’ dengan komentar Hj Hadi berkenaan isu Pakatan Rakyat yang ‘ memenangkan’ Anwar Ibrahim sehingga menenggelamkan Hj Hadi sendiri selaku Presiden PAS yang akan bermuktamar tidak lama lagi…

Mungkin juga kenyataan Hj Hadi mengutuk Anwar dan PR kerana inginkan sokongan perwakilan nanti ?

Atau Hj Hadi akan jadi bekas Presiden selepas pemilihan muktamar PAS selepas mengambil kira prestasi cemerlang PAS ‘ menggugurkan Negara Islam’ hasil hasutan PAS Klon hingga ditertawakan ramai orang ?

Hakikatnya gambar di atas cuba menjernihkan ‘ persepsi ‘ masyarakat yang baharu sahaja dikejutkan dengan kenyataan pedas Hj Hadi Awang beberapa hari sebelum gambar di atas dirakam. Ia satu usaha mententeramkan rakyat yang sudah gelisah dengan persengketaan antara parti komponen PR yang baru sahaja memegang tampuk pemerintahan.

Gambar 2

https://i1.wp.com/anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2008/07/img_4574.jpg

Gambar ini sendiri menyatakan bagaimana ‘ tunduk’ Hj Hadi seolah olah memendam rasa dan Husam di hujung sana sedang ‘ mengawal gelojak hatinya’ yang sudah bimbang akan kemarahan rakyat ekoran ‘sokongan moral’ beliau kepada tindakan kumpulan londeh seluar Carburator Dung seperti yang disiarkan Malaysiakini baru baru ini.

Manakala Anwar seperti sedang memikirkan sesuatu dan merenung jauh apakah jalan ke Putrajaya akan tercapai atau dia sendiri akan menemui ‘ajal politiknya’ selepas keruntuhan Pakatan Rakyat yang saya sifatkan paling kuat dan cemerlang setakat ini berbanding Semangat 46 yang disertai sama oleh DAP dan juga PAS sendiri.

Hj Hadi sudah ‘geram sangat’ dan kita jangkakan ramai akan menentang tindakan bermuzakarah dengan UMNO meskipun ada juga insan yang masih waras dan rasional melihat dengan jelas perkembangan politik terkini tanah air yang semakin lama semakin jelas ‘ dinodai’ sendiri oleh orang Melayu yang gilakan kuasa, harta dan pangkat di pandangan manusia…

Semoga kebatilan akan nyata dan kebenaran akan menyinari kita selama lamanya !

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s