Anwar : ditelanjangkan dan dibogel – berita Malaysiakini

Anwar dibogel, diperiksa alat sulit

Jimadie Shah Othman | Jul 17, 08 3:14pm

( tulisan biru adalah komen blogger Keris Pusaka Melayu )

kemaskini 5:56pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.

Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.

Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga “ukur apa yang perlu” dan beliau “ikut semuanya (arahan doktor)”.

Rasanya bukan setakat Anwar sahaja diperiksa demikian, bahkan sesiapa sahaja yang dikenakan tuduhan akan disiasat dengan teliti oleh polis. Anwar nak malu ? mungkin malu dengan Tuhan kerana tidak sedar dia sudah kali kedua dikenakan tuduhan sodomy ( liwat ) bahkan liwat kes pertama sudah menjadi asbab beliau dimasukkan ke dalam penjara samada ia dilihat sebagai ‘konspirasi’ atau tidak.

“Saya buat pemeriksaan seluruh badan saya, kemaluan saya termasuk mengukur apa yang perlu dan saya ikut semua,” kata Anwar di sidang media di kediamannya di Bukit Segambut petang ini.

Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambar fizikalnya diambil kerana bimbang ia dibocorkan kepada umum, termasuk di internet.

“Sudah tentu saya menolak diambil gambar kerana ia akan ada dalam (laman perkongsian video) YouTube. Kamu fikir saya boleh percaya sistem sedia ada,” katanya.

Mana ada orang kena tuduh atau terlibat dengan siasatan akan percaya kepada pihak polis. Lebih lebih lagi selepas membuat onar dengan menuduh Ketua Polis dan juga Peguam Negara dengan laporan polis kononnya beliau dizalimi melalui tindakan pemalsuan maklumat semasa kes bleiau 10 tahun yang lepas.

Jap,,,, kes 10 tahun lalu dibangkit semula sekarang ? itupun selepas ‘ lewat ‘ sepuluh tahun dan selepas dikenakan laporan polis oleh Saiful ! Kenapa Anwar tunggu sepuluh tahun ? sibuk berkempen dan berceramah ????

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 11Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan sampel darahnya diambil untuk ujian DNA sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.

Anwar berkata beliau enggan membenarkan sampel itu diambil atas nasihat peguam dan doktor.

“Saya berikan beberapa alasan atas nasihat peguam dan pakar-pakar DNA dalam dan luar negara. Pertama, simpanan DNA memang ada dalam tangan polis. Kedua, yang dituduh dalam simpanan polis. Apa saja mungkin berlaku. Apa perlu DNA daripada saya?” katanya.

Lagi pula, tambahnya, simpanan DNA beliau – yang beliau dakwa diambil secara paksa pada 1999 – masih ada dalam simpanan polis.

Apa susahnya bagi DNA ? jelir lidah dah cukup. Atau bagi sahaja bulu bulu yang ada samada di kepala, janggut, misai atau ‘ anu ‘ untuk diperiksa. Ingatkan gentlemen tetapi penakut rupanya !

Sampel darahnya 10 tahun lalu diambil dari HKL atas arahan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, waktu itu seorang pegawai penyiasat kesnya.

“Tilamnya dibawa (dalam perbicaraan kes pertama), percikan darah dan sebagainya disebut. Ada percubaan membuat penipuan besar. Apabila kita bongkar, ditarik balik tuduhan yang berkaitan,” kata Anwar.

“Apa perlu saya bagi, apa saja boleh jadi,” katanya sambil menambah, ini kerana DNA Mohd Saiful pun ada dalam simpanan polis.

Sebelum dibawa ke HKL, tambahnya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi selepas menjalani pemeriksaan tersebut.

Namun, sekembalinya daripada HKL, pengawai penyiasat kesnya DSP Jude Pereira mengatakan bahawa beliau perlu memberi keterangan lanjut pada pagi ini.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 07Semalam, Anwar ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Polis menahannya semalam untuk merakam percakapannya dan dibebaskan menjelang 10 pagi tadi.

Tokoh utama pembangkang itu disoal siasat berhubung laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat olehnya.

Tambah Anwar, beliau terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu.

“Saudara tahu lokap apa? Lokap penjenayah besar di Malaysia. Betul, pegawai (polis) layan dengan cukup baik, menyentuh saya pun tidak. Tetapi saya diletakkan berbaring di atas simen sepanjang malam dengan kedudukan (sakit) pinggang saya diketahui,” jelas Anwar.

Rasanya jika Nurul Izzah mengetahui kejadian sebenar ( andaikata ) betul liwat berlaku, tentu sekeluarga akan malu. Bakal PM dalam penantian rupanya mempunyai hobi yang memualkan budaya Malaysia yang sangat mengutamakan moral para pemimpin mereka. Jika aduan liwat ini ditukar ‘ tajuk’ kepada konspirasi tentu senang sekali mana mana pemimpin pembangkang untuk melakukan apa sahaja dan menyalahkannya kepada BN dan UMNO sebagai punca perkara tersebut berlaku selepas terbongkar… Balik balik tuduhan dikatakan rekaan pemerintah walaupun ia tidak benar sama sekali.

Anwar mengharapkan ( barangkali ) beliau akan dipukul hingga bengkak dan lebam matanya. Namun cubaan itu telah gagal kerana polis sudah mengenal pasti kesalahan 10 tahun yang lalu dan tidak akan mengulangi kesalahan sama untuk kali kedua. Lihat bagaimana Anwar sebelum ini sudah menggunakan gambar mata lebamnya semasa ceramah tempoh hari di Shah Alam agar rakyat akan semakin simpati dan memberi sokongan selepas mereka kehilangan ‘ maruah ‘ selepas pendedahan demi pendedahan oleh BN dan juga Trojan Horse UMNO iaitu Ezam yang sanggup bersumpah akan menggagalkan cita cita Anwar menjadi PM sekarang atau selama lamanya.

Nampaknya polis di bawah Pak Lah sudah tinggi modal insannya hingga Anwar mengakui beliau tidak disentuh apa apa … Ini kejayaan kedua kerajaan selepas memenangi debat perdana antara Shabery Chik dan Anwar yang menyaksikan pukulan ‘ maut ‘kepada beliau hingga disaksikan jutaan penonton seluruh negara yang ‘ dahagakan’ aksi luar biasa Anwar selaku bekas TPM satu ketika dahulu..

Jelasnya lagi, hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.

Kesan daripada tidur atas simen tersebut, kata Anwar, beliau mengalami sakit pinggang dan terpaksa mengambil suntikan penahan sakit.

Selepas berbaring sekejap, tambahnya, barulah keadaan kembali baik.

Anwar cuba menarik simpati lagi. Mengatakan pinggangnya yang sakit walhal sebelum ini rancak berkempen dan berceramah bahkan bukti terbaru semasa debat berdiri dengan lama , tentu memeningkan kita dengan kenyataan tersebut. Nampaknya penjara digambarkan beliau seolah olah seperti kamar tidur di rumahnya di Segambut yang dikira kirakan berharga RM 7 juta….Mungkin Anwar mengharapkan katil di penjara sama katil di rumahnya walhal penjara Malaysia tidak sama dengan penjara sesetengah negara yang lain yang menyediakan penjara elit bagi golongan mewah dan kaya semasa menjalani hukuman penjara.

Bagaimanapun, Anwar berkata, sepanjang di sana, pihak polis melayannya dengan baik.

“Saya tidak pertikaikan layanan (baik) pegawai polis di semua peringkat (jawatan) semasa saya di IPK Kuala Lumpur. Memang saya ucapkan terima kasih kepada mereka. Pertama, sebab saya tidak dipukul dan sewaktu memberikan keterangan, saya memberikan kerjasama penuh,” katanya.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 08Beliau juga mempersoalkan tindakan polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.

Rasanya jika tidak silap saya laporan Saiful sudah tersebar luas di alam maya. Adakah Anwar tidak membaca ? atau buat buat tidak reti membaca demi menyalahkan polis selepas tiada apa apa alasan lain lagi mengata kepada mereka ?????
Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab “diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)”.

“Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya atau ketua polis negara?” katanya di sidang media itu, disambut ketawa pemberita.

Hak polis samada ingin memberikan salinan atau tidak laporan tersebut. Anwar tidak sepatutnya membuat andaian bahawa Najib yang memberi arahan tersebut, seperti mana beliau juga tidak mahu ‘ diandaikan’ telah meliwat secara paksa seorang pemuda berusia 23 tahun yang kiut miut di kondo yang bernilai sewa 7 – 15 ribu sebulan !!! dan budak tersebut diangkut ke sana ke mari hinggakan sampai luar negara walaupun jelas Anwar telah cuba menipu dengan membohongi kita semua bahawa Saiful tidak ada apa apa jawatan tetap dan hanya sukarelawan semata mata…..\

Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan pengadu kes tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.

“Kalau laporan (Mohd Saiful) itu diberikan pada saya tengah hari ini, siapa tahu bahawa itu adalah laporan yang asli? Dipinda, dipinda, dipinda,” katanya.

Ini bermakna Anwar masih tidak dapat menerima hakikat Saiful sudah membuat laporan ‘ mati ‘ jasad karier politik beliau yang baru sahaja hampir mencecah ‘ awan ‘ sekarang dan tidak lama lagi dengan kemasukan ( katanya ) sejumlah 30 Ahli Parlimen UMNO / BN kira kira 2 bulan dari sekarang….

Mengulas kaedah penangkapannya semalam, Anwar berkata: “Saya kesal kerana polis bertindak begitu. Terutama kenyataan (pengarah Jabatan Siasatan Jenayah) Datuk Bakri (Mohd Zinin) yang mengingatkan saya gaya dan lagak ketua polis negara pada 1998, Tan Sri Rahim Noor.

“(Beliau) cakap dengan angkuh dan tidak benar, umpamanya mengatakan saya enggan untuk ke balai polis.”

Bukankah polis sudah menjelaskan kenapa ditangkap dan tidak dibiarkan Anwar pergi sendiri ke IPK untuk disoal sihat ? bukankah polis memberitahu tindakan tersebut berikutan arah kerata Anwar yang jelas pulang ke Segambut, bukannya ke Balai Polis IPK KL untuk memberi keterangan.. Kesabaran polis hingga membenarkannya hingga 2 petang semalam bagi melaporkan diri amatlah wajar namun tidak dihargai oleh Anwar. Akhirnya beliau cuba mengaitkan polis dengan Tan Sri Rahim Noor yang memukulnya 10 tahun yang dulu…. Anwar sekali lagi gagal…
Anwar turut berterima kasih kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bersedia menjamin keselamatannya sepanjang dalam jagaan polis.

Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan bahawa beliau dibebaskan atas pertolongan perdana menteri.

“Saya tidak fikir begitu. Saya tidak harus masuk (lokap) kalau pelaksanaanya profesional,” kata Anwar.

Selain kehadiran lebih kurang 50 wartawan dan jurugambar, kira-kira 200 penyokong turut berkumpul di perkarangan rumahnya.

Beberapa tokoh pembangkang yang hadir di situ termasuklah setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin; ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Mungkin tokoh tokoh PAS di atas akan mula berfikir dan berfikir lagi tentang persoalan liwat Anwar dan juga liwat DAP ke atas agama Islam dengan mendesak beberapa perkara yang menyenakkan dada orang Islam Melayu di Malaysia.

Mungkin mereka akan sedar bahawa ‘ orang beriman tidak ada nafsu ‘ memegang kuasa secara tergesa gesa sedangkan perbuatan tergesa gesa itu sebahagian dari keimanan kepada syaitan….

Apakah episod esok ‘ drama ‘ terbaru Anwar bertajuk : DNA ini ??????

Mungkin isu Azizah dan anak Anwar di dalam lif yang rosak hari ini ?

Allah Lebih Mengetahui !!!!

Gambar Propaganda Anwar semasa rapat umum di Stadium Melawati jelas ingin mengajak rakyat

kembali marahkan kerajaan walhal ia dilakukan oleh polis yang tidak dari arahan kerajaan pada masa itu

https://i1.wp.com/anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2008/07/dsc_1412.jpg

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s