Komen Lucah Kickdefella ( barua Husam ) terhadap Presiden & kepimpinan tertinggi PAS yang ingin bermuzakarah !

Ana-Anta Terliwat Di Jalan Bellamy

22 07 2008

Mengapa PAS dan UMNO mahu hidup berdua dan mati bersama? Jawapannya ialah demi Islam dan demi Melayu. Tetapi itu semua hanya akademik sahaja, sedangkan agenda sebenarnya ialah untuk menyelamatkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

– komen : kepimpinan Abdullah ke atau ‘kerosakan’ moral PAS ekoran tindakan Pakatan Rakyat ?

Apa yang telah menjadi bukti ialah pengakuan kedua-dua pihak yang mereka telah berasmara didalam satu siri orgi politik di luar aturan tabii. Lantaran kerjasama PAS dan UMNO jika berlaku adalah ibarat membunuh dua ekor burung dengan satu batu. Abdullah dan Najib akan mendapat bantuan hayat dan gagah semula lantaran menamatkan kritikan ke atas kepimpinannya dan PAS akan berderai seperti kaca jatuh ke batu.

Lantas bibit-bibit awal itu sudah menekan kudrat Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk berkata, “Saya tidak akan bercakap pasal Muzakarah lagi selepas hari ini.”

Sebelum itu Nik Aziz berkata, sebarang muzakarah antara PAS dan UMNO perlu dihentikan segera dan jika tidak, PAS akan berpecah belah.

– Siapa tak tahu Nik Aziz ( kuda tunggangan ) Husam Musa ? Siapa tidak tahu Husam Musa ‘ menunggang’ Kickdefella a.k.a sheih azidi ? siapa tak tahu Sayuti Omar selalu membelasah Husam Musa yang sering menjadikan Nik Aziz seperti Sultan Shahrulnizam ( klik di sini ) dan klik sini????

Gambar : Kickdefella atau Sheih Azidi ( bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas )

Apa gunanya Melayu gagah semula dan Islam bersatu jika ia tetap dipayungi oleh seorang pemimpin yang lemah? Selama manakah Melayu dan Islam akan bertahan dibawah kepimpinan yang lemah.

– Mana lagi lemah, PAS yang merelakan babi babi di Selangor dan petisyen memprotes azan di Puchong ke atau UMNO yang menguatkan islam dengan tindakan menggiatkan usaha agama disebarkan melalui penghantaran ustaz JQAF ke sabah sarawak dan seluruh tempat di Malaysia? adakah ada komponen BN mengatakan langkah mayat beliau dulu sebelum negara Islam dilaksanakan ? atau orang berkata sedemkian berada bersama Pakatan Rakyat ????

Kalau begitu banyak masa terluang untuk muzakarah maka bermuzakarah sahaja dengan PKR dan DAP tentang konsep pentadbiran negara Islam. Mengapa tidak diterangkan dengan jelas betapa agungnya dan betapa adilnya pentadbiran berlandaskan Islam. Bukankah itu dakwah yang lebih hebat?

Dan PAS juga boleh mendengar konsep keadilan dan ketelusan yang diperjuangkan oleh DAP. Kemudian satu titik tengah boleh dicapai.

– Kickdefella inginkan Islam Liberal bukan Islam sebenar ? Konsep Islam lain mengikut tafsiran DAP dan juga PAS…Jadi adakah titik pertemuan akan bertemu apabila iklan arak dibenarkan, konsert ella mas idayu diharuskan, dan Allah dibenarkan untuk agama lain ? perkara yang dipertahankan UMNO sekian lama sejak merdeka ????

Karpal Singh pernah berkata, langkah mayatnya dulu sebelum PAS mahu menubuhkan negara Islam. Tetapi orang-orang PAS tidak pernah melangkah mayat Karpal Singh dan Karpal Singh tidak pernah melakukan apa-apa untuk menyekat PAS dari melaksanakan konsep pentadbiran Islam di Kelantan.

Sebaliknya, mayat penyokong PAS yang dilangkah tetapi bukan oleh DAP tetapi oleh Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO. Saki baki kabinet zaman Memali masih lagi didalam kerajaan hari ini. Abdullah Ahmad Badawi, Shahrir Samad dan Rais Yatim antara mereka yang mempertahankan Musa Hitam menyembelih manusia PAS dan Islam di Memali. Musa Hitam hari ini masih sahabat baik Abdullah. Pada mereka masih tercalit setitis dua darah suci Arwah Ibrahim Libya.

Ada buku yang boleh ditutup tetapi sebagaimana UMNO dan Barisan Nasional enggan menutup buku kepada Chin Peng dengan alasan terlalu banyak kezaliman yang dilakukan oleh Gerila Parti Komunis Malaya begitu juga buku tragedi di Utara tidak harus ditutup.

– Kenapa dibangkitkan kisah memali sedangkan UMNO satu kapal yang bertukar tukar nakhoda. Jika benar perangai jahat itu adalah prinsip UMNO tentu akan ada memali II dan Memali III di zaman Pak Lah sekarang. Soalnya perumpamaan kickdefella sekadar ‘ serkap jarang’ bagi melemahkan usaha merundingkan pertemuan titik antara UMNO dan PAs sahaja. Satu usaha ‘ jahat ‘ lagi ‘ bahaya’.

Jika Kerajaan Abdullah boleh membayar pampasan kepada bekas-bekas hakim yang selepas dilucutkan jawatannya masih menerima pencen dan lain-lain imbuhan, seharusnya Kerajaan Abdullah dan UMNO wajib memohon maaf ke atas segala pembuhunan dan penghinaan terhadap mereka yang gugur di Memali secara terbuka.

Fail ke atas Musa Hitam harus dibuka dan segala apa yang berlaku sehingga keputusan menamatkan riwayat mereka di Memali perlu menjadi pengetahuan umum.

Kemudian boleh pintu hadapan diguna untuk bermuzakarah. Tetapi UMNO tidak perlu bermuzakarah dengan PAS, sebaliknya UMNO perlu bermuzakarah dengan setiap rakyat Malaysia menerusi pintu hadapan.

UMNO telah ditubuhkan untuk membela nasib orang Melayu semenjak 1946 lagi. UMNO telah menjadi teraju pemerintahan semenjak 1955 lagi dan bermula 1957, hingga ke hari ini, Perdana Menteri Malaysia adalah orang Melayu dari Parti UMNO. Semenjak sekian lama, Menteri Pelajaran/Pendidikan juga orang Melayu dari Barisan Nasional. Bahkan sejak beberapa dekad yang lalu Menteri Kewangan Malaysia juga orang UMNO.

Kalau UMNO mendakwa mereka adalah penyebab kejayaan orang Melayu untuk beberapa tempoh selepas perlaksanaan DEB, UMNO juga harus bertanggungjawab terhadap polemik orang Melayu lewat kini. Orang Melayu tidak lemah kerana Perdana Menteri Malaysia bukan orang Melayu. Orang Melayu tidak lemah kerana parti yang menjadi teras kerajaan bukan Parti Nasionalis Melayu.

Kalau dianggap orang Melayu hari ini masih lemah dan berpecah belah, maka sebab musababnya hanya ditangan Parti Melayu yang telah meliwat bangsanya sendiri untuk kepentingan peribadi.

Sebagai teras kepada Barisan Nasional, UMNO juga harus merasa bertangungjawab mengapa majoriti orang-orang bukan Melayu menolak BN dan sanggup mengundi Parti Islam di dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

UMNO juga harus bertanggungjawab terhadap undi-undi orang Melayu yang telah lari kepada PKR dan DAP.

Abdullah telah semakin tergugat sehinggakan terpaksa menyusun strategi pertahanan dengan mengumumkan pelan pengundurannya sendiri dari kemuncak kepimpinan partinya.

Akhirnya, Abdullah dan rakan sejenayah dengannya, Najib Razak telah menemui keldai itu. Maka, apakah keldai itu akan membiarkan dirinya ditonggang dan ditonggeng untuk kepentingan peribadi. Maka akan jadikah keldai itu seperti kondom yang digunakan untuk menyelamatkan Abdullah dan Najib dari lemah daya tahan politik?

gambar : blog Sayuti Omar

Setelah kondom itu dipakai dan setelah Abdullah dan Najib berjaya mendapat kepuasan sambil memperkukuhkan daya tahan karier politik mereka, kondom itu akan dicampakkan sahaja ke tepi longkang dan berakhirlah kepentingannya. Maka kondom itu hanya akan dikebumikan oleh semut-semut sedang kerengga rancak mendaki puncak.

Selepas itu ada lagikah cakap-cakap Melayu dan cakap-cakap Islam? Tidak, sebab sejarah mengajar kita bahawa pemimpin UMNO tidak akan bercakap soal Melayu dan soal Islam sewaktu mereka senang. Didalam kamus politik UMNO, masa untuk berasmara dengan Melayu dan Islam hanyalah apabila mereka sudah tidak laku dipasaran pelacuran politik mereka.

– Semua salah UMNO ? mana salah PAS yang membiarkan UMNO keseorangn mempertahankan hak hak Melayu Islam ??? mana pergi PAS ketika anak muda berhajatkan ilmu agama dan pemimpin PAS giat berceramah politik ke sana ke mari hingga terbiar anak kampung di tempat masing masing dari tarbiyah ?? mana akhlak pemuda PAS hinggakan mereka sudah jauh dari akhlak pejuang Islam sebenar yang sangat menghormati dan bertoleransi dengan semua pihak termasuk ‘musuh’ ??? Mana kelembutan Nik Aziz selepas dinasihati oleh Husam Musa hingga Nik Aziz dilihat sangat membenci UMNO seolah olah lebih buruk dari DAP ???

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s