Peguam Liwat Anwar : ‘panas hati’ dan dijangka ingin keluar parti !

Ingat lagi peguam hebat Anwar bernama Zulkifli Nordin ? ya Adun Kulim. Tempat Anwar dikhabarkan akan bertanding..

Saya  sempat membaca bagaimana satu komen blogger bernama Fudzail diletakkan di blog beliau telah didedahkan dan disensasikan oleh Penarik Beca. Artikel tersebut mengutuk dengan begitu teruk hasrat DSAI tersebut (bertanding di Kulim ) hingga mengaitkan beliau dengan kronisme iaitu isteri anak menjadi YB dan beliau sendiri ke arah itu tidak lama lagi.

Jika Pak Lah hanya menantu sahaja menjadi YB, Anwar lebih hebat dengan menjadikan isteri dan anaknya YB tanpa ada sedikitpun ‘kritikan’ dan juga ‘bantahan’ seperti demonstrasi bagi menentang unsur unsur yang berlawanan dengan perjuangan PKR selama ini, dibiarkan dalam ‘organ parti’. Namun hampa kerana tiada yang berani atau sanggup mengkritik tindakan tersebut meskipun mereka tersangatlah lantang jika parti lain melakukan perkara yang sama.

Bahkan dalam komen di situ ada juga berkata :

kulatlapok said… salam MP Zulkifli,

Anak beranak MP pun x mengapa asalkan tujuan dan matlamat tercapai untuk rakyat. Bukannya MP semunya dalam satu kawasan… aku setuju asalkan perjuangan dapat dicapai..

Ini dah jadi matlamat menghalalkan cara seperti kata Machievelli ??? adakah begitu trend politik PKR ?

Teringat juga dulu isu gambar Najib dengan Altantunya, rupa rupanya ia direka reka oleh Tian Chua. Ini satu lagi ‘kejayaan’ PKR mencipta ‘rekaan rekaan baru’ tidak termasuk akuan sumpah RPK dan P Balasubramaniam yang menjayakan lagi prestasi para pereka cipta ( baca : fitnah ) PKR.

lagi menarik ia disiarkan di blog Zulkifli Nordin, peguam kes liwat tahun 1998 dahulu… Dan sekarang sudah berjaya menjadi Adun PKR di Kulim. Malangnya beliau telah ‘dijadikan korban’ demi untuk Maharaja Anu Waa yang khabarnya sudah mengubah tempat tersebut ke Bandar Tun Razak selepas Kulim. Namun Anwar nampaknya tidak berbincang dengan Khalid Ibrahim yang menjadi Adun kawasan tersebut sekarang ini…

Jika mengikut analisa kawan kawan di Kulim tempat orang Melayu. Manakala di Bandar Tun Razak tempat orang Cina. Jadi, ini satu perubahan strategi atau ‘kesilapan strategi’ dengan melemahkan semangat Adun baru bernama Zulkifli Nordin hingga beliau telah bertindak ‘ bersuara melalui suara orang lain’ walhal ia diletakkan di dalam blognya sendiri tanpa menambah sepatah pun artikel tersebut. Mungkin ia taktik mengelakkan dari dituduh pentingkan diri sendiri atau tidak begitu mengkultuskan Anwar sebagai penasihat parti ( baca : bukan presiden ).

Kesian Anwar kerana di blog peguam liwat beliau tahun 1998 dahulu pun telah wujud siaran artikel menghina dan mengutuk Anwar. Jika ini disedari rakyat kebanyakan pasti mereka akan semakin ragu ragu dan pasti akan keliru dengan situasi politik sekarang ini yang juga mencetus dimensi baru antara PAS dan UMNO yang akan bergabung tenaga dan suara ke arah menjadi satu parti berteraskan bangsa dan agama.

klik sini untuk blog Adun Kulim Zulkifli Nordin.

Dengar dengar khabar ada Adun PKR menemui Timbalan Perdana Menteri, adakah ianya Zulkifl Nordin yang panas hati kerana diarah kosongkan kerusi ?

Allah  lebih ilmu dari kita !

One response to “Peguam Liwat Anwar : ‘panas hati’ dan dijangka ingin keluar parti !

  1. Pingback: 5 artikel tentang Anwar dari blogger « Sembang Politik

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s