Pemuda PAS lapor polis isu tawaran UMNO membentuk kerajaan ; satu sabotaj ?

Ia isu menawarkan seperti mana tawaran Anwar kepada MP BN dengan terang terangan agar mereka menyeberang ke seberang Pakatan Rakyat.

Seperti mana tawaran tersebut dilaksanakan maka BN turut menawarkan PAS membentuk Pakatan Rakyat tanpa menyebut isu wang atau ganjaran yang akan diberi. Malah UMNO sendiri bersedia tidak mengambil kedudukan utama seperti Menteri Besar jika benar PAS ingin menjadi sahabat UMNO dan membentuk Pakatan Baru bernama apa apa sahaja yang dirasakan sesuai agar kesucian Islam tidak lagi diperkatakan dan dihina oleh bukan Islam.

Namun PAS seperti lambat pula membuat laporan polis apabila Anwar atau Azmin menyebut tentang tawaran membentuk kerajaan pada 16 September ini. Adakah PAS tidak dengar atau baca kenyataan mereka ?

Image

Tengok isu tersebut yang diterbitkan Harakah Daily         ( gambar ). Ia sangat kontra dan mungkin juga ia satu sabotaj sebenarnya oleh baju petak merah ?? agar kerjasama UMNO PAS  yang diwar warkan akan membentuk kerajaan akhir Ogos ini gagal ?

Penulis melihat golongan muda sahaja yang tidak ingin mengikut golongan veteran di dalam PAS. Ia menggambarkan bagaimana tindakan Ulama @ Veteran PAS dianggap songsang sedangkan mereka sebenarnya lebih kenal hati budi DAP dari golongan muda yang baru sahaja menceburi bidang politik dan masih mentah dengan senyuman berbisa serta jelingan penuh makna samada dari Anwar atau Lim Kit Siang.

Justeru, tidak patut di tengah kejernihan hati antara dua PARTI MELAYU ISLAM utama negara kita, isu ini disabotaj oleh sesetengah ‘budak nakal’ sedangkan kita tidak tahu tujuan dan dalang yang menggerakkan perbuatan tersebut.

Sekarang sudah ada suara suara inginkan ahli menentang dan menolak wala mereka kerana ia dirasakan tidak sesuai dengan hasrat mendapatkan apa yang diimpikan mereka yang kebanyakannya dari aliran profesional yang adalah dari jenis aparat aparat ANwar dulu dan juga kini dan selama lamanya.

klik sini untuk berita tersebut

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s