Majlis Peguam ingin melihat ‘api terbakar’ lagi dengan bermain politik isu agama ?

Inilah rupa Presiden Majlis Peguam bernama Ambiga Sreenevasan yang begitu berani menganjurkan Forum Terbuka Memeluk Islam yang telah dibantah hatta oleh Menteri Dalam Negeri, tanda begitu berani dan ingin menguji sejauh mana ketegasan kerajaan ke atas mereka.

Forum tersebut yang dipersetujui oleh Anwar Ibrahim ( klik sini ) nampaknya dibantah oleh bekas peguamnya iaitu Zulkifli Nordi dan Ketua Pemuda PAS sendiri iaitu Salahudin Ayub ( klik sini )…

Ini tanda bahawa Zulkifli Nordin sedang menuju arah berbeza dengan apa yang diingini Anwar iaitu menJAHANAMkan Islam demi KEPENTINGAN politik dunia yang murah dan hina ini. Serta komitmen PAS yang masih ada rasa ‘keislaman’ selepas digula gulakan oleh PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Bahkan gertakan keras dari MB Melaka agar ISA digunakan ke atas penganjur turut mendapat liputan media kita ( klik sini ).

Ya, ini satu ancaman kerana sangat berbahaya dan boleh menjadikan tragedi 13 Mei berulang kembali selepas dekat 40 tahun ia berlalu menjadi sejarah dan punca DEB ditubuhkan kerajaan.

Tengok klip video demonstrasi di sini :

PAS juga turut membantah Forum tersebut termasuk juga ( tengok sini )

Lihat kenyataan Presiden Bar Council (gambar atas) di blog Din Merican ( klik sini ) berkenaan isu Anwar dan Laporan Doktor jelas menunjukkan tindakan ke arah condong kepada PKR khususnya Anwar selaku yang tertuduh kes liwat.

Adakah ia tidak dikira mengganggu siasatan dan bersifat subjudis?

Di Pakistan para peguam juga menjadi antara pembangkang kepada kerajaan. Menganjurkan demonstrasi dan himpunan jalanan dan barangkali itu juga gaya yang diimpikan mereka, menjadi hero

rakyat mengkritik kerajaan dan menyokong pembangkang.

PTUDC leader Ejaz Khan Advocate leading lawyers demonstration in Peshawer (NWFP)

PTUDC leader Ejaz Khan Advocate leading lawyers demonstration in Peshawer (NWFP)

Saya rasa jika benar, lupakan sahaja kerana adat negara kita tidak sama di sana. Peguam Malaysia tidak setahan peguam Pakistan yang biasa bermain dengan bom, darah, peluru dan juga pukulan cota pihak keselamatan.

Peguam Malaysia tidak perlulah merasai semua itu dan alangkah baiknya mereka menjadi NGO proaktif memberi cadangan dan nasihat berkenaan isu isu perundangan demi memantapkan lagi institusi kehakiman sehingga tidak ada lagi ruang ruang penindasan akan terlohong dan diambil oleh pihak tertentu yang ingin mengaut keuntungan di air yang keroh.

Presiden Persatuan Peguam Syarie juga membantah Forum tersebut dan kesal ia diteruskan ( berita sini ). Jelas ia ditentang ramai pihak dan hanyai peserta forum seramai 100 orang itu sahaja yang degil ingin menguji kekuasaan Kerajaan mengenakan tindakan ke atas mereka sedangkan ia bakal menjadi satu laba besar bagi Anwar yang akan bertanding tidak lama lagi di Permatang Pauh.

Jangan diulang kembali sejarah 13 Mei 1969 kerana ia boleh meruntuhkan binaan Kemerdekaan 50 usianya yang dibina bersama sesama warga Malaysia dari berbagai bangsa dan agama tanpa MENYENTUH SEDIKITPUN keistimewaan Raja, Agama dan Hak Bumiputera yang sudah dimuktamadkan semasa rundingan kemerdekaan dengan Melayu bermurah hati memberi kira kira sejuta kerakyatan kepada Cina dan India.

Jika tidak, elok sahaja mereka dibuang warganegara dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Jika benar tidak bersyukur dengan segala apa yang diterima dan dikurniakan kerajaan selama ini.

mari kita tolak NGO NGO yang berselindung di sebalik nama nama lain namun menjadi proksi dan alat kepada parti pembangkang hingga menggugat kestabilan dan keamanan kita semua.

Pastinya ada ‘ tahanan ISA’ terbaru akan disebut namanya di dada media massa tidak lama lagi ???

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s