Merdeka !!!! dan antara tugas menjadi Anak Merdeka !

Salam Merdeka …

Artikel ini ditulis di saat sudah hampir tirai merdeka menutup tirainya dan Ramadhan bakal menjengah ke tirai kehidupan kita.. Pertengahan antara kemeriahan kemerdekaan dari penjajahan ke satu medan peperangan antara nafsu / syaitan dan perintah Tuhan.

Kemerdekaan kerana kita mencapai kemenangan. Kemenangan dari diikat oleh penjajah yang menguasai kita hingga urusan kita ditentukan sesuka hati bukan kita menguasai dan menjadi ketua atas mereka.

Peperangan antara nafsu / syaitan dengan perintah Tuhan pula menguji adakah benar kita sudah merdeka dengan erti kata hakiki bukan lagi fantasi. Jika nafsu dijajah hingga kita menahan diri dari makan minum seks dan mengumpat serta membuat sangkaan buruk terhadap manusia maka kita telah berjaya menjajah diri dan memerdekakannya dari penjajahan syaitan. Jika tidak, kita telah menjadi hamba di badan merdeka..kerana mengikut perintah syaitan dari perintah Allah…

Kemenangan kita mendapatkan kemerdekaan 51 tahun lalu diperolehi dengan mudah walau ada juga nyawa terkorban semasa mempertahankan negara. Kerana dibandingkan dengan negara lain kita sangat bertuah kerana dengan perundingan kita memperolehi kemerdekaan.

Bayangkan pejuang negara lain terpaksa berperang dan mempetaruhkan nyawa dan mengorbankan harta serta meninggalkan anak isteri.Hingga ramai menderita dan sedih atas apa yang mereka rasa dan lihat !

Semua dibuat walau berat kerana mengenangkan kemerdekaan memerintah bebas dari pengaruh asing adalah nikmat yang bakal diwariskan kepada generasi anak cuc selepas mereka. Bukan untuk kesenangan mereka sebenarnya..

Apa tugas kita selepas memperolehi kemerdekaan tanpa setitik peluhpun dicurahkan oleh kita sebagai anak merdeka ini ?

Adakah dengan membalikkan bendera yang sangat dipertahankan selama ini oleh pejuang negara ?

Adakah dengan mencari keseronokan hidup dan melupakan tugas sebagai warga negara Malaysia ?

Kita perlu membuat pengorbanan dengan mencurahkan masa akal dan tenaga untuk mempertahankan kemerdekaan kita ini. Sesuatu yang serius perlu dibuat.

Cadangan saya :

1. Mengkaji di mana sumbangan anda melalui kepakaran yang anda miliki boleh disumbangkan kepada kemakmuran dan keselamatan negara. Contohnya : jika anda menjadi seorang tukang kayu, di manakah khidmat bakti anda boleh diberi untuk membantu sesiapa yang masih dilanda kesusahan memiliki kediaman yang selesa. Anda boleh  jadi menemui wakil rakyat kampung anda dan mencadangkan kepada mereka usaha anda dan apa yang ada untuk disumbangkan… Soal pengiktirafan ? biarkan Allah membuka hati siapa siapa yang sudi mengangkat usaha anda atau doakan saja ia dilupakan orang ..itu lebih afdhal.

2. Menyekat usaha langsung atau tidak langsung usaha meruntuhkan negara. Seperti askar melawan komunis kerana mereka akan melaksanakan kekejaman dan menyekat pengamalan agama di dalam kehidupan. Justeru jika kita sayangkan agama dan tidak ingin ia ditarik oleh Allah dengan penguasaan komunis maka kita kena berjihad melawan mereka dengan sekuat tenaga yang kita dapat berikan.

Begitu juga zaman sekarang melawan melalui usaha mempengaruhi pengundi. Jika kita biarkan pengundi dipengaruhi oleh persepsi bahawa pemerintah sekarang tidak adil, menekan bukan Melayu dan membawa kepada kejatuhan kuasa politik Melayu yang ditatang zaman berzaman, maka kita kena wajib berjuang untuk memastikan ia tidak akan berlaku. Kerana ia juga usaha menyekat golongan yang ingin meminggirkan Islam selepas 50 tahun ia dijulang di negara yang gemilang ini…

3. Mengumpulkan pejuang pejuang negara di dalam membentuk kesatuan yang kuat berpaksikan cinta Allah dan Rasul serta memahami kepentingan menjaga agama dan bangsa serta berhasrat menjadi penjana keamanan dan perpaduan sesama warga Malaysia di mana jua mereka berada. Kerana perjuangan bersendirian tidak menjamin mendapat bantuan dari Yang Maha Perkasa kerana ‘tangan Allah bersama sentiasa dengan Jemaah’…

Insya Allah jika ini kita lakukan dan fahamkan maka kita telah berusaha dengan kadar apa yang kita ada untuk memberi kembali atas apa yang dikurniakan kepada kita selama ini…

Selamat Merdeka dan juga Selamat Berpuasa !!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s