Amir Iskandar : Ramlang Poringi tidak perlu bertugas lagi…

Amir Iskandar : Ramlang Poringi tidak perlu bertugas lagi…

Bersemangat betul Amir @ Black membela imam Linkin Park – gelaran wartawan rasmi reformasi PKR – yang telah berjasa pada hemat saya dan mungkin juga hemat mereka. Berjasa kerana sanggup muncul di pentas politik PKR untuk memberi ucapan ringkas isu sumpah liwat Saiful Bukhari yang telah bersumpah mendakwa beliau diliwat pada 26 Julai 2008 oleh DSAI sebelum membuat laporan polis pada 28 Julai dua hari kemudian. Hingga Anwar sekali lagi memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Kemunculan Ramlang Poringin dilihat bagi menyaingi kritikan demi kritikan terhadap Anwar isu mengelak dari bersumpah. Kenyataan Hj Hadi dan rakan rakan Anwar yang lain mempertikaikan sumpah Saiful Bukhari dilihat tidak berjaya meyakinkan rakyat barangkali kerana mereka juga ahli politik yang tentu ada tersirat niat politik dengan kenyataan mereka terhadap sumpah Saiful Bukhari tersebut. Bahkan Ahli Akademik mengatakan sumpah Saiful sah di sisi syariat menggusarkan lagi Anwar dan kehadiran Ramlan Poringi seperti ’hujan rahmat’ yang menyejukkan suhu kebimbangan Anwar dan penyokongnya dan setidak tidaknya RP telah berjaya barangkali menjayakan misi Anwar menjadi Ahli Parlimen selepas 10 tahun ’bersara pecat’ dari kerajaan dan juga parti.

Amir Iskandar dengan jelas mewar – warkan bagaimana isu keselamatan Ramlang Poringi hingga beliau dinasihatkan agar tidak perlu bertugas lagi demi keselamatan diri… Seolah olah BN sudah marah dengan Ramlang Poringi dan akan menghancurkannya. Seolah olah kerja BN membunuh orang dengan sewenang wenangnya. Seolah kita berada di negara tiada undang undang… dan itulah fikiran manusia berfahaman kiri di atas…Kiri kerana tidak mengiktiraf kedaulatan undang undang dan ketelusan Malaysia.

Amir juga mengulang fakta tidak tepat isu MEMALI yang dikaitkan dengan BN dan juga dikatakan ia kekejaman BN. Walhal isu MEMALI perlu dilihat dengan saksama tanpa cerita cerita ala israiliyyat yang susah dipercaya walau sukar ditolak juga kerana terlalu banyak versi mengenainya. Bahkan antara cerita menarik direka ialah bagaimana askar askar telah mabuk dan mereka menembak membuta tuli. Satu cerita jelas dan dangkal demi menyalahkan kerajaan BN dan menjatuhkan musuh politik mereka dengan cara tidak terhormat. Dan boleh dikatakan sebagai fitnah..

Amir @ Black juga kena sedar bahawa MEMALI berlaku tahun 1985 ketika Anwar Ibrahim sudah bergelar Ahli UMNO. Beliau menyertai UMNO 3 tahun sebelum kejadian tersebut. Sila klik sini untuk cerita beliau masuk UMNO dan cerita isu Memali di s.i.n.i..

Anwar juga adalah ahli UMNO dan menjadi ahli pentadbiran kerajaan BN / UMNO selama 16 tahun tanpa menafikan MEMALI atau menyalahkan UMNO…

Namun UMNO mula buruk selepas beliau dipecat tahun 1998 kerana isu salah laku kuasa dan liwat…

Anwar memburukkan UMNO selepas dipecat sedangkan beliau hampir 20 tahun tidak berkata apa apa mengenainya….ketika menikmati kesenangan di dalamnya…ketika disanjung dipuja kerana parti bernama UMNO….

Mahathir juga memburukkan UMNO selepas berhenti menjadi Presiden dan tidak mengatakan UMNO teruk selama menjadi Presiden.

Jadi, siapa yang teruk sekarang ini ?

Pengikut Anwar ke ?

Anwar sendiri ?

Atau UMNO memang teruk ?

UMNO tetap UMNO. Dan sesiapa boleh menjadi UMNO teruk atau baik. Asalkan dia menjadi Presiden UMNO dan mempunyai kuasa ditaati ahli ahli UMNO.

Namun jika anda Presiden tetapi tidak ditaati kerana ada petualang menghasut agar anda ditolak ke tepi, maknanya kehendak anda untuk mengubah keburukan agar menjadi kebaikan tidak akan berjaya walaupun anda sangat baik laksana wali !!!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s