Kisah Lim Kit Siang yang tidak reti baca suratkhabar Melayu !

DAP tolak permohonan maaf Najib
Sep 3, 08 1:36pm
DAP memberi lima alasan mengapa permohonan maaf timbalan perdana menteri bagi pihak seorang ketua bahagian Umno di Pulau Pinang yang telah membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap orang Cina, “tidak bersesuaian, tidak memadai dan tidak boleh diterima”.

Pertama, kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang, ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail sendiri tidak memohon maaf dan tidak pun menunjukkan kekesalannya kerana membuat kenyataan tersebut sejak sembilan hari lalu.

Sehubungan itu, Lim mempersoalkan apakah Ahmad bersikap demikian kerana penuh yakin yang beliau mendapat sokongan pemimpin dan ahli arus perdana Umno.

Oleh itu, Lim bertanya sama ada permohonan maaf Datuk Seri Najib Tun Razak boleh diterima sedangkan Ahmad sendiri masih berdegil dan tidak kesal dengan perbuatannya mengeluarkan kenyataan yang berunsur perkauman.

“Walaupun jika Ahmad memohon maaf, akan timbul persoalannya sama ada ia memadai, memandangkan dalam kes Wee Meng Chee dalam isu lagu rap Negaraku, kabinet telah menolak permohonan maafnya sebagai tidak mencukupi,” kata ahli parlimen Ipoh Timur itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, banyak laporan polis telah dibuat terhadap Ahmad di bawah Akta Hasutan.

Oleh itu, Lim mempersoalkan sama ada permohonan maaf Najib itu bermaksud sebagai satu mesej kepada pihak polis dan Peguam Negara supaya jangan mengambil tindakan terhadap Ahmad.

Menurutnya, Najib seharusnya memohon maaf bagi pihak dirinya dan bukannya bagi pihak Ahmad, kerana gagal mengambil tindakan segera terhadap ketua bahagian Umno itu, yang didakwa membuat kenyataan itu sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh 24 Ogos lalu, yang turut dihadiri Najib.

Media perdana

Lim berkata, perdana menteri juga harus memohon maaf dengan alasan cuba melindungi dan melepaskan Ahmad yang telah membuat kenyataan tersebut.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini pernah menyatakan ketua Umno itu tidak bermaksud seperti yang dikatakannya dan beliau akan “memberitahu Ahmad supaya jangan mengulanginya”.

Akhir sekali, kata Lim, keikhlasan permohonan Najib juga dipersoalkan kerana berita mengenainya didakwa tidak disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana Melayu yang dimilik dan dikuasai oleh Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Menurut Lim lagi, semakan di laman web umum Bernama menunjukkan berita permohonan maaf oleh Najib itu dilaporkan dalam versi bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam versi Bahasa Malaysia.

Dengan manipulasi media seumpama itu, dakwa Lim, setakat manalah seseorang itu hendak mempercayai Najib apabila beliau berkata kenyataan Ahmad itu tidak mencerminkan pendirian dan sikap Umno atau kepimpinan Umno.

Katanya, jika Najib benar-benar ikhlas dan serius berhubung kenyataannya mengenai pendirian Umno dan kepimpinan parti itu memisahkan diri mereka dengan kenyataan Ahmad, maka mengapa kenyataannya hanya dibenar dilaporkan dalam media arus perdana bukan Melayu, tetapi tidak dalam media arus perdana Melayu.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini di Kuala Lumpur mendapati berita tersebut turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Laman web Utusan Online juga menyiarkan berita tersebut. Edisi langganan Bahasa Malaysia Bernama memuatkan berita permohonan maaf Najib walaupun tidak menerbitkan di laman web umumnya.

Ketika dihubungi untuk memaklumkan perkara itu, Lim berkata, beliau membaca akhbar-akhbar tersebut di Pulau Pinang dan mendapati berita tersebut tidak disiarkan.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapat kedua-dua akhbar berkenaan, yang dijual di negeri itu, memuatkan berita tersebut.

Ulasan : Jelas siapa bodoh dan bahlol mencari publisiti murahan politik di sini ?

Lim Kit Siang sepatutnya didakwa akta hasutan kerana menimbulkan kemarahan kita orang Melayu dengan biadapnya meminta PM turut memohon maaf isu kenyataan Datuk Ahmad.

Usaha ini sepatutnya dihalang semua pihak kerana boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.

Bayangkan apa akan terjadi jika majoriti Melayu di Malaysia mengamok ? disebabkan perkataan kurang ajar Lim Kit Siang ini ?

Atau bayangkan sahaja 3 juta ahli Umno terasa dengan perbuatan beliau dan mencetuskan tindakan tidak dijangka ?

Siapa kena dakwa lebih dahulu samada Datuk Ahmad yang menyatakan fakta Cina penumpang di Malaysia dan tidak berhak dgn hak sama rata – lantaran keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan Artikel 153 – atau Lim Kit Siang yang menuduh Najib menyekat laporan permohonan maafnya ????

Mari kita kempen HANTAR LIM KIT SIANG DAN KARPAL KE PENJARA ISA disebabkan kelancangan mulut mereka menghina Melayu dan menimbulkan kemarahan kaum Melayu serta permusuhan Cina dan India terhadap Melayu ……

Karpal juga ? ye kerana menghina Raja Melayu… Sila lihat web beliau di sini

http://www.karpalsingh.net/ksnews/

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s