Mukhriz tawar diri untuk baiki UMNO, yang dirosakkan ayahnya ? – Malaysiakini

Demi untuk menyelamatkan dan memperkasakan semula Umno, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia Disember ini.

Menurutnya, krisis kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina kerajaan “dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri.

mukhriz announce contest 060908“Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan Umno yang sebenar, yakni perjuangan agama, bangsa dan negara,” ketika berucap mengumumkan keputusannya di Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Star Kedah petang tadi.

“Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik. Keputusan pilihanraya umum ke-12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita.

“Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan Umno. Ini telah membolehkan parti-parti membangkang mengambil kesempatan.

“Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan.

Pulih keyakinan rakyat

“Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa Umno akan membetulkan dirinya sendiri.

“Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli Umno, maka jangan terkejut jikalau hayat Umno berakhir,” kata Mukhriz lagi.

Ahli Umno, tegasnya, harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Umno.

“Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat. Kita juga mesti sanggup berkorban dan menolak semua amalan yang membinasakan.

“Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan Umno. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula Umno.

“Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini.

Lantang mengkritik

“Demi meneruskan perjuangan ini, saya dengan rendah diri dan dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, menawarkan diri untuk dipilih sebagai ketua pergerakan Pemuda
Umno Malaysia,” katanya.

khir toyo 181207Mukhriz adalah pemimpin kedua selepas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mengumumkan untuk berebut jawatan tersebut yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammudin Hussein.

Dua lagi calon yang telah menyatakan minat mereka untuk turut bertanding jawatan berkenaan ialah menteri besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Mukhriz, 44, adalah anak bungsu mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepertimana bapanya, Mukhriz juga lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

P/S : Baguslah jika anak Tun Mahathir sendiri mencuci ‘najis najis’ yang membusukkan UMNO / BN oleh bekas PM Malaysia sendiri bahkan bekas Pengerusi BN dan bekas Presiden UMNO sendiri..

Tak patut jika anak Pak Lah ; Khairy Jamaludin ( baca : anak menantu ) yang patut menyerang Tun Mahathir sedangkan kita diajar berbudi bahasa dan hormat orang tua.

Tetapi jika orang tua sudah ‘lupa’ dan ‘nyanyuk’ hingga mengganggu ‘rumah tangga’ kita ???

Apa yang patut kita buat ?
Jawapan saya : Singkirkan saja atau buat biar dia tidak lagi ‘menabur taik’ ke badan UMNO/BN hingga dijauhi rakyat…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s