Rupanya Datuk Ahmad ‘trojan horse’ Anwar untuk melumpuhkan BN !

Ahmad Ismail Ejen Anwar?

Artikel oleh : Blog Pilihanraya Kini

Ada orang SMS kat Panglima beritahu bahawa Datuk Ahmad Ismail sebenarnya ialah boneka Anwar Ibrahim untuk menjayakan misi lompat parti dengan cara menimbulkan rasa marah orang orang MCA dan Gerakan. Lagipun di Sabah dan Sarawak, majoriti ahli parlimen BN adalah berbangsa Cina. Mereka beritahu bahawa semasa berucap sebut orang Cina sebagai pendatang ada sorang wartawan dari Chin Chew Jit Poh hadir sama. Tak kan lah Datuk Ahmad Ismail tidak boleh beza antara orang Melayu dan Cina ? Kenapa cakap juga perkara tersebut. Kemudian ada cerita kata poster dan bendera dikoyak serta dipijak oleh orang UMNO.
Hai pelik betul lah nih. Ini bukan cara dan budaya UMNO. Lepas itu bila dah meletup, DAP yang buat report polis suruh jadikan isu ini panas dan semarakkan perasaan orang orang Cina. Siapa yang mula kalau bukan Datuk Ahmad Ismail? Padan muka kena gantung 3 tahun. Untuk pengetahuan semua, Datuk Ahmad Ismail adalah “toy boy” Anwar semasa Anwar jadi TPM dulu. Datuk Ahmad Ismail baik dengan Marzuki Ibrahim (adik Anwar) dan mereka bersama sama dalam sebuah syarikat construction yang diberi nama PENA. Semasa lawan Tun Ghafar sebagai Timbalan Presiden UMNO, Anwar telah manjakan pemuda pemuda Bukit Bendera.
Mereka dapat handset dan motor virago hasil pemberian Pak Sheikh. Untuk menjayakan ahli ahli parlimen BN lompat parti, Anwar kena rancang sesuatu supaya orang Cina marah dan lompat. Kalau lompat kerana duit tak best. Tapi kalau lompat kerana ada isu baru nampak real orang tidak suka pada BN. Alih alih mai kenalah buat satu konspirasi yang libatkan “Toy Boy” Anwar yang bernama Datuk Ahmad Ismail. Dulu dia jadi Ketua Bahagian Bukit Bendera pun kerana usaha Pak Sheikh. Kaya pun kerana Pak Sheikh. Kena gantung 3 tahun pun kerana nak bagi Pak Sheikh jadi PM.
Nasi Tambah :

Bagi Tuan Blog kerispusakamelayu ; beliau samada agen atau tidak tidak penting. Tetapi yang penting ialah adakah perbuatan beliau dan penyokongnya menimbulkan kemarahan Cina BN satu tindakan bijak dan matang ?

Adakah perbuatan beliau dan pemimpin Melayu yang lain sudah difikirkan masak masak ?

Adakah beliau ingin menggali lubang untuk ‘menimbus’ Pak Lah ?

kerana jika GERAKAN keluar BN maka satu lagi isu besar akan dijadikan alasan untuk mendesak Pak Lah turun.

Terbaru Muhyidin dengan lantang inginkan peralihan kuasa dibuat dengan segera, dan Muhyidin nampaknya sudah tidak sabar lagi selepas mengaku terang terangan mengadakan pertemuan memujuk Tun Mahathir kembali kepada Umno.

Adakah sudah ada perjanjian baru antara mereka berdua selepas Najib enggan menjadi BARUA Tun Mahathir untuk mengangkat Mukhriz selepas ini ?

Tun Mahathir mungkin ingin melihat legasi politiknya diteruskan oleh Mukhriz dan kita nampak niat Tun.

Cuma menjadikan Pak Lah dan keluarga sebagai sasaran adalah tindakan yang akan memakan diri Tun sendiri..

Moga Allah menyatukan hati hati kita atas iman dan takwa…..
dan mengekalkan nikmat yang dikurnia kepada kita selama ini….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s