Anwar ditemani kawan Cina di malam merayakan ‘angan’ menjadi PM Malaysia tanpa Hj Hadi hadir sama !!!

1. Sepatutnya semalam hari penting bagi Pakatan Rakyat tetapi ia dizahirkan tidak penting dengan kegagalan dua pemimpin utama PAS turut sama hadir meraikannya. Laporan Harakah membuktikannya di sini

2. Kerana jika betul ada ‘katak’ hari ini tentu semalam saat penting perubahan ke arah Malaysia Baru PR dan tentunya PAS tidak wajar mengabsentkan diri bersama mereka yang tengah hanyut dalam lautan angan angan Anwar.

3. Adakah ini petanda jelas Mat Jenin sudah ditinggalkan oleh Pak Pandir ? dan mereka akan saling menjatuh satu sama lain dalam diam dengan penuh budi pekerti dan adab sopan ?

4. Begitu juga kegagalan Nik Aziz yang baru sahaja mengkritik dengan teruk sekali Mustafa Taib dengan tajuk komen : Rakyat Terengganu tersilap pilih pesuruhanjaya , pada 11 Ramadhan lalu ( artikel klik sini ) ; untuk hadir meraikan Anwar bakal menjadi PM, sepertimana iringan beliau semasa penamaan calon Permatang Pauh bulan lepas, patut ditanya kepada semua !

5. Hanya kiriman istimewa iaitu S/U PAS Datuk Kamarudin Jaafar yang sudah dikenali sebagai rakan baik Anwar zaman kegemilangannya dalam BN ( tak percaya klik sini ) sahaja yang sudi hadir meramaikan pentas pemimpin agar ‘telur’ dan ‘kemaluan’ seseorang yang ingin menjadi PM sejak berbulan bulan lalu tidak akan hilang di mata 27 juta rakyat Malaysia dan puluhan ribu yang hadir sama kerana terpedaya.

6. 916 ( tarikh hari ini ) sudah gagal dicapai Anwar dan berbagai bagai alasan diajukan bagi menutup ‘kemaluan besar’ beliau yang bercakap tanpa ingat kepada kuasa Tuhan. Rombongan khas beliau ke Taiwan seramai lima orang yang turut diserang Taufan nampaknya gagal menangkap ‘seekor dua katak’ untuk disajikan kepada Penasihat mereka bagi sajian malam kemenangan besar PR menumbangkan BN di Malaysia.

7. Kesimpulannya jangan mudah membuat janji dan jangan mudah juga mempercayai janji dari seseorang yang suka menabur janji dan tidak berdaya mencapai apa yang dijanjikan. Kerana yang kecewa kita juga jika sangat percaya kepada penabur janji yang sudah berbau ‘busuk’ ke seluruh negara hari ini…

https://i2.wp.com/anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2008/07/anwar.jpg

– Dialog ‘agak agak’ lah dalam hati Anwar :

* Macam mana aku nak jawab ni ?

* Bush akan tanya, rakyat akan tanya, Tuhan akan tanya ?

* Penjara sedang tunggu. Mahkamah belum selesai bicara.

* Orang lain yang jadi agen Amerika ada kena bunuh,

aku ke selepas ini kerana gagal misi jadi Perdana Menteri ?

* Harap ada jadi ‘katak’ akan lompat sertai Pakatan Rakyat tak lama lagi.

2 responses to “Anwar ditemani kawan Cina di malam merayakan ‘angan’ menjadi PM Malaysia tanpa Hj Hadi hadir sama !!!

  1. Dr. Mujahid Yusoff Rawa kata:
    “Pakatan tidak akan menggunakan cara yang tidak mengikut perlembagaan dan tidak demokratik tetapi akan terus menggunakan cara yang diperuntukan dalam perlembagaan untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar.”

    Demokratik kah PR jika cuba menindakkan kehendak rakyat terbanyak yang telah memilih BN sebagai pemerintah kerajaan Malaysia yang sah?? Demokratik kah jika cuba melakukan rampasan kuasa dari kerajaan yang sah yang telah dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang bebas???

  2. Tidak demokratik !!!!!!!!!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s