Akta Hasutan – Hadiah Nuzul Quran untuk Kickdefella @ Samseng Balikkan Bendera Negara !

Sudah lama blogger Alif Ba Ta mendesak penghina bendera negara dikenakan tindakan. Nampaknya sekarang dengan Ramadhan melewati kita, kerajaan sudah bersedia melancarkan operasi mengenakan hukuman bagi kesalahan kesalahan yang mungkin ada orang tidak merasakannya ia satu kesalahan.

Penangkapan Kickdefella patut dan wajar kerana dia menjadi ketua mengempen blogger membalikkan bendera Malaysia sebelum ini dan polis membuat tindakan tepat agar menjadi pedoman kepada blogger yang lain bahawa mereka diperhatikan sepanjang masa oleh pihak yang menjaga keselamatan negara kita.

Baca berita gembira ini di sini :

Seorang lagi blogger ditahan
Sep 17, 08 6:38pm
Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

kickdefella syed azidi syed abdul azizSyed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.

Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘kurang ajar’.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

“Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,” perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s