Malaysia Wave : Blog pembela Husam @ Erdogan, penentang Hj Hadi dan Ulama PAS

Kita tidak terkejut Malaysiakini atau Malaysiawave membela Husam Musa kerana dia memang kawan rapat dengan Anwar.Gambar di bawah bukti bagaimana rapatnya hubungan yang menimbulkan persepsi berbeza di kalangan kita.

Banyak majlis menyaksikan beliau sering bersama ( tidak pasti arahan pemimpin tertinggi atau tidak ) dan beliau juga sependapat dengan Kickdefella – blogger yang baru ditangkap semalam – dalam membela Anwar  yang mana Kickdefella merupakan Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan Negeri Kelantan dan merangkap secara tidak langsung orang kanan Husam. Mereka berdua tidak kisah dan liberal dengan pakatan yang dipraktikkan sekarang berlandaskan nilai nilai keadilan meskipun ia turut sama menjejaskan kedudukan agama Islam kerana ‘rakan DAP’ mereka sangat lantang menentang Islam di Malaysia.

Beberapa artikel membela Husam oleh Malaysiawave dizahirkan di sini antaranya ( klik atas artikel ) :

Artikel Satu ( terkini )

Artikel Dua

Artikel Tiga

Blog yang pro PKR ini bermati matian membela Husam Musa kerana mereka hanya mempunyai Husam sebagai ‘ayam sabung’ mereka bagi menyekat pengunduran PAS dari Pakatan Rakyat. Bayangkan PAS keluar dari PR dah tentu semakin sukar angan angan Anwar akan tercapai !

Justeru anda tentu masih ingat lagi bagaimana blog anti Husam telah didedahkan secara eksklusif di Malaysiakini ? ia satu cara bagi menyekat pendedahan dan juga memastikan ahli ahli PAS akan menyokong group Husam yang lebih dikenali Erdogan tersebut. Perkara ini pernah ditulis Sayuti Omar dengan senarai mereka yang dikenal pasti geng Husam dan juga Geng Ulama @ Presiden PAS.

Surat terbaru kritikan pedas Nik Aziz dipercayai juga disediakan orang orang Husam dan tentunya ia bagi melemahkan kedudukan Presiden. Siapa percaya dan menjangka Hj Hadi akan ditentang sebegini rupa ?

Semua demi kepentinga politik Anwar. Jika Hj Hadi tidak bersedia mengikut Anwar tentunya Husam sudah bersedia diberikan apa jua tugas bagi memastikan hasrat mereka seelama ini akan tercapai dan secara peribadi Husam boleh mendaki puncak lebih tinggi di peringkat Nasional.

Cuma keadaan sekarang mungkin menjadikan Azmin Ali terbelakang sedikit. Tentunya Anwar akan memilih Husam dari Azmin sebagai TPM kerana Husam dilihat mewakili PAS selepas Hj Hadi sudah gagal menjadi wira PAS selepas direndah rendahkan media internet dan media cetak Anwar dengan ‘dahsyatnya’…

Apakah ini punca Azmin Ali muram seperti gambar di bawah ?

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s