Khairy mendahului Mukhriz setakat ini dengan 3 – 2

Ibarat perlawanan bola. Keputusan luar jangka dan apa apa sahaja boleh berlaku pada bola yang bulat. Ibarat jangkaan penganalisa bahawa Machang akan calonkan Mukhriz dan Kimanis Khairy, bertukar 360 darjah. Tanda kelemahan jangkaan awal kita sebagai manusia yang tidak diberi ilmu ghaib – yang diberi hanya kepada hamba hamba dekat dengan Allah sahaja.

Tiada siapa dapat menjamin Mukhriz bakal Ketua Pemuda tidak lama lagi dan bakal juga PM selepas PM PM akan datang dan pergi menerajui Malaysia. Seperti juga tidak ada sesiapa dapat menjamin Najib atau Muhyidin akan dapat apa yang dicita citakan mereka dan diharap harapkan oleh manusia. Apatah lagi menjamin masa depan Khairy yang diramal Pak Habib bakal Perdana Menteri selepas ini  ( baca : tarikh mungkin tahun depan atau 10 tahun akan datang  atau ??? ).

Punca manusia kecewa ialah apabila mereka ditiup syaitan dengan angan angan keduniaan dan lupa penentu dan pemilik segalanya ialah Allah Taala. Inilah yang menimbulkan perpecahan pergaduhan dan huru hara di kalangan kita dan juga kalangan manusia yang  tidak sama agama dengan kita.

Jadi, Khairy Mukhriz Khir atau sesiapa sahaja ada cita cita tidak perlu mengatasi Iradat (  Will ) Allah. Jika Dia kehendaki Pak Lah kekal PM maka TIADA SESIAPA DAPAT MENAHANNYA dan jika kehendaki bukan orang politik menjadi PM MAKA TIADA SESIAPA AKAN DAPAT MENGALAHKANNYA.

Ingin memimpin tentu kita kena diterima dan disukai oleh semua. Imam dalam solat juga begitu termasuklah Imam Negara bergelar Perdana Menteri.

Kadang kadang kita kena dan memang selalu dikenakan tekanan agar mengamalkan pemikiran ‘luar https://i0.wp.com/www.agendadaily.com/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_3ab52725-3132372e-1e2e8cc0-76f96027/1/Najib-Muhyidin_440x.jpgkotak’…kerana ajaran pakar pakar dari Barat…Dengan bermacam macam istilah walhal ia jelas dicedok dari Al Quran dan Sunnah.

Bayangkan bagaimana laut boleh dibelah manusia bernama Nabi Musa ? Bagaimana bayi ajaib nama Nabi Isa lahir tanpa Bapa ? dan bagaimana bagaimana tidak mampu dijawab tetapi jelas mengajak kita menjangka sesuatu luar kebiasaan atau luar garisan atau luar kotak pemikiran.

Bahkan paksi agama kita juga bersandarkan pemikiran luar kotak iaitu mempercayai Tuhan yang tidak nampak di hadapan atau dirasa atau disentuh. Namun kehadiran Tuhan dapat dirasakan oleh orang yang benar benar mempercayai dan mengusahakan jalan mencari Tuhannya.

Selamat bersidang dan selamat juga berdebar debar menanti sesiapa bakal dipilih rakyat. Kalah dalam pertandingan mungkin HiKmAh Allah agar kita tidak gagal menjadi Penerima Amanah yang gagal diterjemah dengan baik untuk kemakmuran hidup rakyat.  Dan jauhilah dari memberi atau menerima rasuah @ politik wang kerana ia hanya budaya orang yang tidakkenal agama atau gila kuasa untuk kejar dunia yang tidak ada nilai walau sebesar zarah di sisi Allah…

Ingat firman Allah :

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


( سورة الأنفال , Al-Anfal, Chapter #8, Verse #63)

Moga Allah buka pintu hati manusia pilih sebaik baik ketua !!!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s