Khairy Lawan Mahathir Ketua Pemuda ?

Jangan terkejut kerana istilah itu ciptaan SU KJ sahaja. Yang saya temui di blog beliau…

Memandangakan permusuhan KJ dengan Mahathir sudah lama ( dikatakan semenjak menuntut di London lagi ) maka sehingga kini pun Mahathir masih ‘ mengkehendaki’ Khairy Jamaludin akan tersungkur. Walaupun kita lihat permainan ini akhirnya merosakkan rakyat juga akhirnya.

Begitu juga KJ dilihat semakin berani apatah lagi dengan kedudukan Pak Mertuanya sebagai PM. Meskipun kritikan Mahathir terhadap Khairy boleh juga kita simpulkan ada udang sebalik mee kerana ia boleh jadi disebabkan ‘ faktor anaknya ‘ yang dilihat ramai bakal calon PM seterusnya.

Kita boleh menunggu dan mendoakan agar tidak berlaku perpecahan sehingga boleh menenggelamkan kapal yang dinaiki kita selama ini dari awal sebelum kita merdeka lagi….

Kerana jika kesempatan pemilihan ini memecah belahkan Umno selaku parti tunjang kita tentu ramai tidak akan dapat melihat kestabilan Melayu Islam di dalam Kerajaan. Ia akan merugikan rakyat tidak kira Pas Umno atau PKR yang masih ada darah Melayu islam. Dan ia saat saat dinantikan oleh anti Islam dari dalam dan luar.

Memang pemilihan adalah proses demokrasi tetapi penggunaan kata kata melampau dan provokasi bagi menaikkan kemarahan lawan adalah satu tindakan tidak adil. Ia boleh menjarakkan antara hati hati kita dan mungkin sebab itulah merebut jawatan tiada disebut / dianjur oleh agama Islam.

Melainkan kita dicalonkan tanpa memberi apa apa imbuhan atau ganjaran kepada mereka…..

Jawatan adalah amanah dan Nabi s.a.w melarang sahabat dari meminta jawatan MESKIPUN mereka orang sangat amanah dan jujur serta berkelayakan.

FIkir fikirkanlah wahai kawan kawan sekelian.

Salam Pemilihan untuk semua…

Keputusan terkini dari Blog SUKJ :

Mukhriz 19 pencalonan mengatasi KJ dengan sekadar 12 pencalonan ….

One response to “Khairy Lawan Mahathir Ketua Pemuda ?

  1. SEBENARNYA PABILA PAK LAH MENYERAH PADA PADA NAJIB. MAKA NAJIB, BERSAMA MUHYUDDIN, DAN HISHAMUDDIN, RAIS YATIM SERTA KHALED NORDIN, DITAMBAH MUKHRIZ DAN KAK FIDAH, ITULAH BAKAL PEMIMPIN UMNO 2009-2011.

    ADA SEMBANG KEDAI KOPI, PAK LAH TERPAKSA BERUNDUR SETELAH DI DESAK OLEH MAHATHIR. DAN ISU RASMAH BAGI 200 JUTA (tip beli kapal selam) KEPADA BEBERAPA YAYASAN MILIK KELUARGA PAK LAH, SEMASA HAYAT ENDON MASIH ADA AMAT MENYULITKAN PAK LAH BERDIRI TEGUH SEBAGAI PRESIDEN DAN PM MALAYSIA. BETUL KE BEGITU????

    NAIK PENING SAYA. KALAU BETUL MACAM TU

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s