Gerakan cuba menjadi ‘duri dalam daging’ Barisan !

1. Gerakan sudah bersama BN sejak 1971 meskipun sebelumnya merupakan pembangkang. Keputusan menyertai BN sebagai parti komponen telah menyebabkan ramai keluar parti seperti Syed Hussein Alatas, Dr Tan Chee Koon dan V David.

2. Gerakan sebelum ini telah memutuskan hubungannya dengan Umno Pulau Pinang dan mereka juga sebenarnya risau jika memutuskan hubungan sepenuhnya dengan BN memandangkan akan ada pihak yang tidak bersetuju tentu akan keluar parti seperti mana yang dilakukan  oleh beberapa pemimpin SAPP apabila parti mereka SAPP keluar dari menjadi komponen BN.

3. Suara suara sumbang dari GERAKAN sebenarnya bukan baru lagi termasuk desakan mereka sebelum ini ( klik sini ) yang mahukan UMNO tidak mengamalkan sikap perkauman. Ia juga mendesak agar ISA ditamatkan dan pemimpin yang ditahan dibebaskan serta mengecam penggunaan akta ISA tersebut.

4. Nada berbaur nada pembangkang Pakatan Rakyat ini wajar dihalusi oleh UMNO dan BN sebelum ada duri dalam daging akan membawa perpecahan lebih teruk dalam BN yang baru sahaja mahu bangkit kembali dari tsunami politik terburuk mereka pada PRU yang lalu.

5. GERAKAN jangan cuba mengambil hati pengundi dengan membuat kecaman serupa pembangkang kerana mereka harus mengakui kesalahan mereka sendiri selama ini sehingga menjarakkan antara pengundi dengan parti mereka. Sesungguhnya tuduhan dan kecaman berterusan terhadap UMNO tidak lain tidak bukan untuk mencari populariti selepas mereka berdepan dengan kekalahan memalukan dan hampir meranapkan parti mereka sendiri..

6. GERAKAN wajar diberi kata dua dengan segera sebelum keadaan akan bertambah teruk dari semasa ke semasa ekoran sikap bercakap nada Pakatan Rakyat oleh ahli komponen Barisan Nasional. Ia sememangnya tidak mengerti setiakawan yang diharapkan dalam perjuangan nasional Barisan…..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s