Boikot, saman Utusan, sekat Berita Harian – demokrasi PAS,PKR,DAP ?

https://i0.wp.com/crete.globat.com/%7Emob1900.com/temp/blogpics2/putuskan.jpg

Ini logo boikot utusan yang ditemui di blog Kerabu Bersuara, yang menggambarkan kemarahan rakyat terhadap utusan. Hingga tidak asing lagi kita membaca Utusan Malaysia menjadi Utusan Meloya dan Berita Harian ditahnikkan dengan nama baru iaitu Berita Hairan. Isu BH disekat di Kelantan kerana memaparkan tajuk tidak diperkenan PAS Kelantan, cuba dilenturkan oleh PA Kerajaan Negeri iaitu Kickdefella, lihat sini.

Namun ia tidak memberi apa apa makna selain mesej bahawa sesiapa sahaja akan disekat jika mereka tidak memberi laporan menguntungkan pembangkang dan akhbar mereka juga akan diboikot habis habisan.

Di sana sini juga ( termasuk berhampiran rumah saya ) sudah banyak banner boikot Utusan yang mana kempen ini entah kali ke berapa dilancarkan walaupun Kerajaan Kedah pimpinan PAS sendiri tidak setuju dengan ajakan tersebut. Namun kerana faktor ‘kewangan’ kamera digital pun saya tidak mampu dapatkan… Mungkin masa depan saya akan usahakan untuk siarkan gambar eksklusif dan terkini di blog saya ini….

Pendirian matang dan bernas tidak menyokong boikot tersebut melambangkang MB Kedah PAS iaitu Azizan Razak sangat arif kepentingan akhbar dan peranan mereka di dalam menyalurkan berita berita walaupun ia tentu sekali tidak sama dengan paparan yang dihebahkan di dalam Harakah, atau Suara Keadilan atau Roket yang diterbitkan oleh PR.

Sebab itu Rocky Bru sendiri menentang saman terhadap Utusan dan meminta Teresa Kok dan DAP supaya menghormati Utusan ( klik sini )…

Jika tindakan PAP di Singapura dijadikan iktibar tentu kegiatan saman menyaman ini akan menjadikan musuh mereka menjadi muflis dan ia tentu tidak sihat untuk demokrasi dan hak asasi manusia…serta kebebasan media / akhbar  yang disambut setiap tahun di seluruh dunia.

Nampaknya ada orang bercakap tidak serupa bikin. Bahkan Sinar Harian juga dituduh serupa apabila berita yang disiarkan tidak mengikut selera mereka atau tersalah cakap lalu menuduh pemberita memutarbelitkan kenyataan. Sini lanjutannya.

Inilah politik kita dan kita tidak lagi dapat bersikap matang di dalam menerima pujian atau kejian…. Alangkah sedihnya !

Mujurlah UMNO / BN tidak bersikap macam mereka… Syabas saya ucapkan !!!!

https://i2.wp.com/telukbahang.com/portal/images/articles/bn.jpg

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s