DEB akan dimansuh ?

Ada  maklumat saya dapat dari sahabat saya tentang DEB, dan ia patut menjadi asas jika Melayu@Bumiputera  yang mewakili hampir 70 persen penduduk Malaysia mendesak ia dikekalkan atau diubah nama sahaja tanpa menjejaskan intipati dan roh DEB sendiri yang menjadi ‘tongkat sakti’ untuk membantu Melayu agar tidak lagi ketinggalan selepas mereka dipinggirkan di zaman penjajahan oleh penjajah yang memang di mana sahaja akan berusaha menjadikan kaum asal di tempat jajahan mereka mundur dan tidak maju….

Mungkin kita perlu bagitahu kawan kawan kita kenapa DEB masih relevan untuk KEADILAN ( memberi mengikut keperluan ) bukan kesamarataan tajaan pembangkang yang tentu menidakkan fakta penduduk teramai di Malaysia ialah Bumiputera Melayu…. Bacalah dan sebarkan tentang DEB yang mungkin kita tidak sedar sebelum ini.. Moga hak hak keistimewaan penduduk asal Malaysia iaitu Melayu Bumiputera tidakakan diambil oleh politikus yang rakus ingin menambahkan lagi kekayaan mereka yang sudah melebih sebenarnya apa yang kita punya…..



Di bawah DEB Kerajaan telah membentuk berbagai instrumen bagi mencapai keseimbangan sosio-ekonomi

berbagai golongan etnik. Antara instrumen yang telah digunakan ialah :


• Melaksanakan penyusunan semula ekuiti syarikat
awam bagi memastikan orang Melayu mendapat akses
kepada pemilikan ekuiti dan peluang pekerjaan.


• Memerlukan syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat
penyusunan semula sebelum ianya disenaraikan di
Bursa Saham Kuala Lumpur.


• Peruntukan kuota, subsidi dan intensif bagi
memastikan orang Melayu mendapat akses kepada
peluang ekonomi dan menggalakkan penyertaan
mereka dalam pembangunan ekonomi.


• Pembentukan agensi-agensi amanah dan perusahaanperusahaan
awam untuk menggalakkan penyertaan
orang Melayu dan Bumiputera dalam perniagaan dan
menyediakan mereka dari segi kemahiran pengurusan.


• Memperuntukkan bajet spesifik bagi program-program
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat.


• Memperkenalkan pinjaman bank kepada sektor-sektor
terpilih bagi menyokong penyertaan orang Melayu dan
Bumiputera dalam perniagaan dan ianya dikawal selia
oleh Bank Negara.


• Melaksanakan program khusus mengikut sektor bagi
program pembasmian kemiskinan melalui pelbagai
kementerian, jabatan dan agensi.


• Mewujudkan berbagai program bagi membangunkan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB).


Pencapaian DEB


• Insiden kemiskinan menurun dari 52.4 peratus pada
1970 kepada 16.5 peratus pada 1990.


• Milikan harta orang Melayu dan Bumiputera
meningkat dengan ketara dari 2.4 peratus pada 1970 ke
19.3 peratus pada 1990.


• Dispariti pendapatan purata luar bandar – bandar
menurun dari 1:2.14 dalam tahun 1970 ke 1:1.70
dalam tahun 1990.


• Dispariti pendapatan orang Melayu dan Bumiputera –
Cina menurun dari 1:2.29 ke 1:1.74 dalam tempoh
yang sama.

• Lompang dispariti pendapatan orang Melayu dan
Bumiputera-India mengecil dari 1:1.77 dalam tahun
1970 ke 1:1.29 dalam tahun 1990.


• Pada masa yang sama, Pekali Gini berkurangan dari
0.501 dalam tahun 1970 kepada 0.442 pada tahun
1990, menggambarkan pengurangan dalam
ketidaksamaan pendapatan bagi masyarakat Malaysia.


• Dalam tempoh sama, Malaysia mencapai pertumbuhan
KDNK benar pada kadar 6.7 setahun. Ini dicapai
bersama-sama transformasi struktur ekonomi pesat.


• Di bawah DEB, Malaysia telah berjaya mencapai
sasaran matlamat pangagihan tanpa mengorbankan
pertumbuhan.


• Dari aspek sosiobudaya, DEB telah memberi
keyakinan kepada orang Melayu dan Bumiputera
untuk turut terlibat dalam kegiatan sektor ekonomi
moden dan bidang pekerjaan profesional.


• DEB juga berjaya mewujudkan dan memperluaskan
kelas menengah orang Melayu dan Bumiputera hasil
dari dasar pendemokrasian pendidikan dan langkahlangkah
mempertingkatkan penyertaan orang Melayu
dan Bumiputera dari segi guna tenaga dalam sektor
berproduktiviti tinggi.

Pemilikan Hak Modal


• Pemilikan modal penting bagi membiayai ekonomi
dan keupayaan sesuatu kaum memiliki modal yang
tinggi boleh membantunya menjanakan lebihan dan
mengukuhkan kedudukannya dalam aktiviti ekonomi.

 Milik modal saham orang Melayu dan
Bumiputera meningkat dari RM20.9 billion
pada tahun 1990 kepada RM63 billion pada
2000 dan meningkat kepada RM100.04 billion
pada 2004.


 Nilai saham modal yang dimiliki oleh kaum
Cina juga meningkat dari RM49.3 billion pada
1990 kepada RM129.3 billion pada 2000 dan
melonjak kepada RM206.69 billion pada tahun
2004.


 Pemilikan modal kaum India meningkat dari
RM1.1 billion pada 1990 kepada RM5.1 billion
pada 2000 dan RM6.39 billion pada tahun 2004.


• Krisis ekonomi dalam tahun 1997-98 telah memberi
kesan negatif kepada pemodal orang Melayu dan
Bumiputera di mana mereka terpaksa melepaskan
kepentingan pelaburan mereka semasa krisis tersebut.


• Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
(RRJP3), Kerajaan menetapkan sasaran milikan ekuiti
orang Melayu dan Bumiputera pada 30 peratus pada
tahun 2010 tetapi ia adalah mustahil. Oleh itu, RMK-9
telah mengkaji semula sasaran ini dan kini
mensasarkan pencapaian milikan ekuiti oleh orang
Melayu dan Bumiputera pada kadar 30 peratus
menjelang 2020.


• Pertumbuhan ekuiti keseluruhan negara bagi tempoh
2000-2004, meningkat pada kadar 9.8 peratus setahun
dan jika menggunakan kadar pertumbuhan yang sama
bagi tempoh 2004-2020, dalam tahun 2020 jumlah
ekuiti negara dijangka meningkat ke RM 2,360 billion.


• Kemungkinan besar menjelang 2020 kita masih belum
boleh mencapai ekuiti sebanyak 30 peratus kerana
untuk mencapai ke tahap tersebut kita memerlukan
RM 710 billion sedangkan dalam tahun 2004, ekuiti
Bumiputera hanyalah RM 100 billion.


• Keadaan ini memerlukan satu strategi yang radikal di
mana ASLI telah memberi satu ruang yang baik bagi
mencapai sasaran ini melalui pemindahan semua ekuiti
milik Kerajaan dalam GLC kepada orang Melayu dan
Bumiputera.


• Pada masa yang sama, penyertaan orang Melayu dan
Bumiputera dalam ekonomi bandar masih rendah.
Orang Melayu dan Bumiputera hanya memiliki purata
11.7 peratus milikan rumah kedai dan ruang pejabat di
kawasan bandar. Sungguhpun Kerajaan telah
mengambil alih UDA serta menubuhkan Yayasan
Syarikat Hartanah Negara, namun fungsi dan
peranannya masih tidak jelas.

Harap ramai akan buka mata dan menilai kembali segala fakta di atas, yang saya dapat dari sahabat baik sahaja yang memang memiliki segala fakta berkaitan statistik orang Melayu. Demi menyedarkan orang Melayu yang masih berpecah belah dan mencari gaduh sesama sendiri. Sedangkan bangsa lain sudah mula bersatu demi kejayaan bangsa mereka walau berbeza parti dan fahaman politiknya…

Ya Allah !!! Tolonglah satukan hati hati atas satu HATI  amin…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s