Najib bakal Presiden UMNO dan PM Malaysia !

02/11/2008 6:44pm

https://i1.wp.com/www.sawf.org/newsphotos/2/Najib_Razak_200704031917169060_afp.jpg

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan kedudukannya untukmenang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO selepas menerima 134 pencalonan sehingga pukul 6 petang ini.

Jumlah pencalonan itu menutup peluang calon lain untuk melepasi kuota kelayakan 58 pencalonan sekiranya mahu menentang Najib pada pemilihan Mac depan.

Bahagian yang mencalonkan beliau hari ini ialah Teluk Kemang, Tawau, Kota Raja, Jerantut, Segamat, Ayer Hitam, Kulim/Bandar Baharu, Batu Kawan, Tampin, Sekijang, Tanjung Malim, Kapar, Kuala Pilah, Indera Mahkota, Balik Pulau, Pandan dan Klang.

Seorang lagi calon yang menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang setakat ini memperoleh satu pencalonan daripada bahagiannya sendiri, semalam. – Utusan

 

1. Ini bermakna Najib sah menjadi Presiden UMNO Mac tahun hadapan.

2. Najib juga automatik menjadi PM juga Mac tahun hadapan.

3. Najib akan menjadi harapan baru seluruh rakyat Malaysia setelah ramai merasa sedikit kecewa dengan PM yang telah dicemarkan imejnya dengan berbagai bagai propaganda.

4. Kemenangan besar BN akan dicapai dan dijangka pada PRU 13 akan datang. Insya Allah !


Sokong PM Malaysia dahulu kini dan akan datang !!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s