Senarai lengkap anggota PAC

PAC diketuai Datuk Azmi Khalid dari BN. Sebarang unsur mencurigakan dalam urusan pentadbiran kerajaan akan dijelaskan dan disiasat oleh badan PAC ini.

Isu Eurocopter telah disahkan telus dan disiarkan di berita ini. Namun pembangkang telah mencuba memberi gambaran meragukan rakyat agar BN terus dijauhi dan ditohmah dengan label penyangak dan pencuri wang rakyat ( berita sini )

https://i0.wp.com/www.defense-update.com/images_new1/ec_725_ila08.jpg

Apa maksud PAC ?

Ia bermaksud  Public Account Committee atau Jawatankasa Kira Kira Wang Awam yang turut dianggotai oleh wakil dari pelbagai parti termasuk parti pembangkang.

Siapakah ahli PAC ?

Senarai mereka terlalu panjang tetapi anda boleh melihat sendiri senarai penuh dengan mengklik di s.i.n.i atau di bawah ini :

Keanggotaan PAC terdiri daripada Azmi sebagai pengerusi,

Naib Pengerusi Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) manakala ahlinya pula ialah

Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai),

Tan Ah Eng (BN-Gelang Patah),

Ir. Haji Hamim Samuri (BN- Ledang),

Datuk Seri Panglima Mojilip b. Bumburing@Wilfred (BN-Tuaran),

Liang Teck Meng (BN Simpang Renggam),

Alexander Nanta Linggi (BN- Kapit),

Lee Chee Leong (BN- Kampar).

Ahli-ahli lain ialah

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN- Kota Belud),

Kamarul Baharin Abbas (BN-Teluk Kemang),

William Leong Jee Keen (PKR-Selayang),

Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) dan

Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara).

Namun sayang pembangkang juga tidak berpuas hati dengan kenyataan PAC tersebut ( klik sini ) yang menjelaskan tiada unsur meragukan di dalam proses pengeluaran tender tersebut. Juga di sini.

Jadi, apa boleh kita buat ?

Berubah dari terus menyokong pembangkang yang terlalu banyak ‘game’ dari ‘plan’ untuk memajukan rakyat dan membela mereka.

Sudah terlalu banyak bukti mereka suka mementingkan diri dari menjana kebaikan untuk rakyat dengan keluar beramai ramai dari dewan kali ke 6 sejak bulan MAC lalu semasa TPM selaku Menteri Kewangan membentangkan bajet tambahan. Ia adalah bukti mereka tidak serius dalam berbahas dan menjadi WAKIL RAKYAT walau menggunakan nama Pakatan Rakyat !

Bahkan hari pertama Anwar menjadi Ahli Parlimen turut menyaksikan Pakatan Rakyat turut membuat tindakan yang sama….klik sini

Negara tidak memerlukan mereka yang banyak bercakap dari bertindak seperti mereka dan kitalah yang menentukan samada mereka masih lagi layak atau tidak diberi undi dan sokogan dalam PRU akan datang.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s