Najib tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu semalam adalah kerana faktor calon.
“Sebahagian daripada sebab mereka (pengundi) tidak menyokong BN ialah kerana mereka tidak suka kepada calon,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia di Kompleks Sukan Bangsar di sini hari ini. – Bernama
Saya setuju bahawa faktor Najib sebagai Pengerusi Kempen BN di Terengganu kali ini tidak harus menjadi faktor kita meletakkan semua kekalahan kepadanya.
Meskipun saya agak tidak gembira kerana Tun jelas tidak ikhlas kerana memilih menyalahkan Pak Lah atas kekalahan BN pada PRU 12 lalu sedangkan Tun tidak pula menyalahkan Najib dan meminta rakyat juga tidak menyalahkannya kali ini…
Bagi saya, alangkah baiknya jika Tun Mahathir di saat saat masa lapang ini selepas tidak lagi menjadi PM,membantu jentera BN dan memberi sokongan moral atau fizikal kepada BN samada PRK atau PRU.
Tindakan Tun Mahathir memberi kenyataan menguntungkan pembangkang tentu merugikan kerajaan walaupun ia bertujuan memberi pendapat peribadi beliau sebagai seorang rakyat Malaysia..
Lebih lebih lagi kata kata bekas Perdana Menteri Malaysia tentu tidak sama dengan kata kata seorang warga tua yang pencen dari menjadi ahli politik atau menjadi penjawat awam yang lain.
Semoga Tun akan ditarik kembali ke dalam UMNO dan membantu Kerajaan dan parti demi menyatu padukan kembali rakyat khasnya bangsa Melayu agar menyokong BN sebagai wadah perpaduan seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama.
Itu pendapat saya…