TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH !

INFO : MESEJ PENTING INI DARI PENGIRIM EMAIL KEPADA PENULIS UNTUK DISIAR

DAN DIFIKIRKAN OLEH TUN MAHATHIR DAN UMAT MELAYU SELURUHNYA.. 

 

1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.

2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.

3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.

4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.

5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.

6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.

7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.

8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.

9. Penulis berharap Tun BERBAIKLAH SEMULA dengan Pak Lah,  janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP! 

10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.

 

nama pengirim tidak disiarkan atas permintaan beliau..

2 responses to “TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH !

  1. betul tu…kita kena sedar realiti pengaruh Tun Mahathir masih kuat.

    Pembangkang akan ketawa melihat bekas Presiden Umno sendiri menjatuhkan partinya…

    Senanglah depa tak payah susah susah jawab isu isu seperti kereta Camry, tanah 999 tahun, babi di sepang dan kedah dll.

    harap semua dapatlah sedar segera…

  2. Sama2 mengatasi kelemahan diri🙂

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’🙂
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Idea Bernas Vs Loya Buruk😉
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

    Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s