Anwar, apa tunggu lagi ? Pecatttt sahaja Si Khalid tu ! – Malaysiakini

Laporan rasuah terhadap MB S’gor

 

Rahmah Ghazali | Jan 21, 09 1:09pm
Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwanya telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri. 

Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa, Abdul Khalid telah menggunakan wang negeri untuk menaja 46 ekor lembu untuk korban dan mengedarnya kepada penduduk Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

khalid ibrahim selangor and aca bpr 031208Abdul Khalid juga merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam aduannya, Mohd Nazree mendakwa Abdul Khalid telah membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri.

Pengerusi Gerak itu juga mendakwa, mereka menerima dokumen minggu lagi dari seorang individu yang bekerja dengan agensi kerajaan negeri terbabit – Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd.

Aduannya diterima oleh Pengerusi SPRM SElangor, Mohd  Shamsuddin Yusof di Plaza Masalam, Shah Alam pada jam 10.45 pagi.

Sementara itu, Abdul Khalid menafikan dakwaan Gerak tersebut.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar, Abdul Khalid menjelaskan bahawa lembu tersebut sebenarnya disumbangkan oleh sebuah syarikat milik agensi kerajaan negeri.

Menurutnya, beliau tidak menggunakan sebarang dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Katanya, beliau tidak menyedari wujudnya sebarang agensi kerajaan negeri yang dikenali sebagai Selangor Industrial Corporation (SIC).

http://www.malaysiakini.com/news/96885

 

 

Bagi saya selaku penulis blog ini merasakan PKR sangat lambat di dalam mengambil tindakan terhadap pemimpin utama mereka.

Ini dapat dibandingkan dengan kes ‘sedekah seks’ yang telah menjadi isu nasional sehingga diulas oleh pemimpin kita termasuk mufti/ulama.

Ketika itu cepat sahaja ahli PKR yang menjadi objek isu telah disingkirkan dan mereka juga sudah menerima hukuman sebelum perbicaraan dijalankan..

Ketika itu juga, Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Zulkifli Ibrahim terkial kial mempertahankan kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu ‘kesilapan bahasa yang tidak disengajakan.’

Akhirnya ulama bersuara dan membidas kenyataan tersebut yang jelas sangat menyimpang dari ajaran agama Islam dan ada disiar oleh Utusan Malaysia  :

” Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya menegur pelbagai pihak di negara ini agar tidak menyamakan perkataan yang berunsurkan kebaikan dengan perbuatan mungkar termasuk perkataan ‘sedekah seks’ bagi memastikan kemurnian beragama Islam terus terpelihara.

Beliau berpendapat, sedekah adalah amalan atau perbuatan yang amat digalakkan oleh Islam dan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala daripada Allah.

”Bagaimanapun, perlakuan seks yang diharamkan adalah berdosa dan ditegah besar oleh Islam sebab ia berzina… mana boleh amalan baik disamakan dengan perkara mungkar.

”Saya juga dukacita sebab ada orang mempersendakan perkataan sedekah dengan perbuatan maksiat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Yang lagi memalukan PKR dilihat cuba menyalahkan BPR ( nama lama bagi SPRM )..

Seperti dakwaan ahli parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail,yang turut juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi mendakwa diperangkap oleh BPR.

Jelas sekali perangai mereka ialah ingin mencari pihak yang sanggup menjadi ‘kambing hitam’ bagi mengelakkan tercemar nama mereka.

Dari mana mereka belajar ?

Dari mana lagi jika tidak dari ikon kesayangan mereka iaitu DSAI sendiri ….

Nak ulas rasanya anda sendiri lebih mengetahui apa yang telah dilakukannya terhadap kerajaan, polis, hakim dan sesiapa sahaja yang dirasa mengancam ‘ maruahnya’…..

Apalagi kita dapat harapkan dari mereka ?

Harap pecattttt sahajalah MB anda itu….Bubarkan kerajaan dan bagilah kembali kepada orang lebih layak mentadbir kerajaan.

Bukan yang tahu berceramah tetapi gagal menterjemah dengan kenyataan yang membenarkan tutur kata di dalam ceramahnya.

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s