V. Sivakumar masih GILA KUASA gantung suka hati ??? – Malaysiakini

 

Ada persamaan antara dua orang ni …

satu masih rasa jadi MB dan satu lagi tak sedar DUN Perak bukan bawah Pakatan Rakyat lagi….

Speaker yang layak jadi speaker karaoke sahaja….

Pandai pandai je nak gantung orang….

 


Lihat jawapan balas kenapa beliau TIDAK BOLEH GANTUNG MB ZAMRY N FRIENDS !!!

 

Bekas Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Abdullah Abdul Wahab berkata sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, yang merupakan sebahagian daripada proses dewan, perlu mendapat persetujuan anggota dewan.

“Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang ditubuhkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri hanya boleh membuat syor kepada persidangan dewan, dan adalah hak anggota dewan untuk menerima atau menolak syor yang dibuat itu,” katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata jika anggota dewan menerima syor tersebut, “barulah hukuman dijatuhkan mengikut peraturan yang ditetapkan” yang disokong oleh anggota dewan.

Abdullah berkata demikian bagi mengulas kenyataan Speaker DUN Perak V. Sivakumar yang mengumumkan keputusan jawatankuasa itu menggantung serta merta dan melarang Zambry menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan.

Sementara itu, enam Exco kerajaan negeri iaitu Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang) digantung serta merta dan dilarang menghadiri sesi dewan selama 12 bulan. Keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa itu memanggil ketujuh-tujuh Adun berikutan aduan Adun Canning (DAP) Wong Kah Woh yang mendakwa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin belum meletak jawatan secara rasmi, mendapati wujudnya kes prima facie terhadap mereka, kata Sivakumar dalam kenyataan media empat perenggan yang dikeluarkan di Ipoh hari ini.

Abdullah berkata persidangan Dewan Rakyat pernah mengambil tindakan menggantung keanggotaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) sebagai anggota dewan, dan tindakan itu diambil mengikut aturan mesyuarat dewan.

Pada 11 Dis 2001, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang pada masa itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan usul supaya Fong digantung keanggotaannya selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang menghina Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Dr Mohamed Zahir Ismail.

Keputusan untuk menggantung Fong dibuat melalui pengundian oleh anggota Dewan Rakyat yang hadir, di mana 83 anggota menyokong dan 28 lagi membantah, dan tidak dibuat di luar persidangan dewan tanpa mendapat persetujuan anggota dewan, katanya.

Bagi peguam kanan Ipoh, yang tidak mahu dikenali, tindakan Sivakumar itu “jelas melanggar Aturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak (perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan).”

Katanya mengikut Peraturan 71 (2) iaitu apabila dewan tidak bersidang, seorang anggota boleh memberitahu Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan dewan.

Speaker jika berpuas hati, boleh menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dan jawatankuasa itu hendaklah melaporkan kepada dewan berkenaan dengannya, katanya.

Beliau juga berkata tindakan Sivakumar itu juga “bercanggah dengan prinsip keadilan nasional” kerana ketujuh-tujuh Adun itu ialah wakil rakyat yang dipilih, justeru dengan keputusan yang dibuat itu akan menghalang mereka daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

“Lebih serius lagi, Zambry dan enam Exco itu telah dilantik oleh Sultan Perak dan ia melanggar Perkara 12 Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengenai pelantikan Menteri Besar dan Perkara 16 mengenai pelantikan Exco,” katanya.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s