Siapa lebih derhaka antara mereka dan kita ? -Malaysiakini

 

Edisi Petang : Masa Kini dan Masa Lampau, yang mana lebih derhaka kepada Raja ? -Malaysiakini

 

Edisi pagi menerima komen yang berulang ulang tentang kisah penderhakaan UMNO kepada Raja… Jawapan yang sama cuma bentuk berbeza. Mereka hanya menukar bahasa tetapi mengekalkan lagunya dengan matlamat yang sama agar Raja tidak terlalu mulia di mata mata kita. Kerana Raja sekarang sudah tidak memenuhi hasrat mereka.
Komen saya maksudkan tersebut bolehlah anda baca artikel edisi pagi tadi di sini …Malas saya nak kutip satu persatu komen mereka untuk dipaparkan di sini. Kerana semua berbaur emosi yang melampau batas dan penuh kebencian tanpa ada keseimbangan antara emosi dan intelektual. Buang masa saja membacanya. Lama lama boleh buta mata hati.
Lalu saya ada respon sedikit komen mereka mengikut kadar akal yang mampu saya ulas jauh sekali begitu bernas ( baca : jenama beras ) seperti tulisan copy paste yang mereka garapkan.. Semuanya agar mereka dapat memikirkannya setakat mana mereka dapat menerima jawapan balas saya atas komen mereka lontarkan di sini.
Anyway, komen semakin panas semakin baik untuk saya. Lagi meriah dunia siber jika kita saling berhujah dengan baik dan sihat walau ada suhu yang meningkat membaca komen yang disiarkan kerena pedas bak cili padi. Atau terlalu mengutuk hingga menyentuh peribadi.. Tetapi ia asam garam dalam berjuang dan saya tidak kisah sikit pun dan telah memaafkan mereka demi Allah.
Mereka kata tulisan saya macam kebudak budakan. taraf tadika tetapi diorang jawab panjang lebar juga. Kalau tak ada apa apa maka tidak perlulah dijawab dengan bersungguh sungguh oleh pihak sebelah sana. Yang peliknya, hingga sekarang mereka tidak jemu2 mengulang cerita tentang kisah silam yang terjadi demi mengatakan UMNO yang terlebih dahulu menderhaka kepada Sultan.  
PAS ketika itu masih lagi baru meniti politik tanah air berbanding UMNO yang memegang tampuk kuasa sejak awal merdeka. Itu kisah lampau dan cuba diulang kembali untuk kepentingan politik mereka hari ini. Sedangkan kita masih belum lupa kisah terbaru penderhakaan Karpal Singh hingga kata Singh is King, Nizar yang masih enggan meletak jawatan, Sivakumar yang menggantung MB dilantik Sultan dan seluruh penyokong yang mengkutuk Sultan di blog blog atau berbaring di tengah jalan menghalang kenderaan Sultan !!!  
Antara dua masa iaitu masa kini dan masa silam, yang mana satu lebih relevan untuk dijadikan bukti atau hujjah ? Adakah kisah silam Saidina Umar itu diangkat dan dinilai Allah atau ketika dia sudah memeluk Islam hingga menjadi khalifah kedua terawal dan terhebat dalam sejarah agama kita ? Jika dulu memang pernah ada orang berselisih faham dengan Raja dari kalangan UMNO, soalnya adakah ia masih ada hingga sekarang ?  
Jika dulu Raja pernah diceritakan memukul rakyat, adakah ia berterusan hingga sekarang ? Berapa ramai sudah mati dizalimi Raja ? Bukankah kisah terpencil itu tidak wajar diperbesarkan hingga menghilangkan hormat kita kepada Sultan ?  
Selagi hati hati masih rasa diri macam malaikat maka selagi itulah tidak ada guna seribu hujjah kita hasilkan untuk menyanggah pendapat mereka. Kerana ” Allah telah menutup hati hati mereka dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ” Wallahu A’lam.
Lihat gambar di atas. Golongan tidak berhak menjadi rakyat Raja kita kerana mereka bukan rakyat Raja yang tahu menghormati Raja kita.
Perjuangan menghapuskan Raja / Ulil Amri adalah perjuangan PR yang terang terangan
tidak menghormati Raja Penjaga Agama Islam Bangsa Melayu di negara kita. 
PAS pun turut sama dengan perjuangan mereka kerana ‘terikut ikut’ perangai kawan politik yang mereka bersahabat dan berpeluk cium sekarang. Sayang seribu kali sayang, nama je Islam.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s