Saya terima ini sebagai keputusan perwakilan – Muhammad Taib ~ Malaysiakini

TERIMA KEKALAHAN

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno akur menerima kekalahannya.
Foto THE STAR Oleh NORAFIFI EHSAN

 

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, yang tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerima kekalahannya dengan hati terbuka dan berjanji membantu mengukuhkan parti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata apa yang penting adalah untuk merapatkan barisan parti bagi menghadapi cabaran semasa dan mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

“Dalam pertandingan ada menang dan kalah. Bagi saya tiada perasaan yang begitu mendalam, saya terima ini sebagai keputusan perwakilan. Umno kena jalan terus,” katanya kepada pemberita selepas keputusan pemilihan parti diumumkan di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mendapat 1,575 undi menewaskan Muhammad, yang juga Ketua Penerangan Umno. BERNAMA

 


Semua harap dapat contohi sikap Muhammad Taib dalam menerima kekalahan !

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s