Anwar makin parah, 5 ketua bahagian PKR Kedah sudah berpaling tadah ~ Malaysiakini

Lima ketua bahagian PKR letak jawatan

06/04/2009 9:43pm

SUNGAI PETANI 6 April – Lima ketua bahagian parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing dan meninggalkan parti itu kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang meletak jawatan itu ialah ketua PKR Bahagian Jerlun Azhar Ahmad Ketua Bahagian Baling, Bakar Din, Ketua Bahagian Padang Serai, Hamid Othman, Ketua Bahagian Sik, Wahab Mat Isa dan Ketua Bahagian Pendang, Bakar Hamid.

Azhar berkata, mereka telah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti itu yang didakwa sebagai tidak relevan lagi kerana Anwar membawa parti itu ke arah merugikan masa depan orang Melayu.

Katanya, selepas kemenangan besar pilihan raya umum lepas, penasihat PKR itu tidak memperdulikan ketua-ketua bahagian yang selama ini membantunya.

“Saya kecewa kerana Anwar sudah mula lupa daratan dan lebih mengutamakan pandangan daripada pemimpin Pas dan DAP dalam membuat sebarang keputusan mengenai masa depan rakyat di negara ini, terutamanya orang Melayu, kata beliau.

Azhar berkata, Anwar juga telah mengabaikan pimpinan bahagian PKR dan tidak melantik mereka dalam sebarang jawatan termasuk jawatan Majlis Ketua Kampung (MKK).

“Di Kedah tidak ada orang PKR dilantik menjadi MKK semuanya dikuasai oleh Pas, di mana kewibawaan Anwar dalam mencaturkan tempat untuk pemimpin PKR yang setia di Bahagian”, kata beliau.

Kesemua lima bekas ketua bahagian berkenaan mahu pengundi di Bukit Selambau tidak terperangkap dengan ceramah Anwar dan mahu mareka menolak calon PKR S. Manikumar. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s