Penjelasan pembubaran MECD dalam masa terdekat – Muhyiddin

 

12/04/2009 6:07pm

KUALA LUMPUR 12 April — Kerajaan akan memberi penjelasan terperinci berhubung pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata penjelasan berhubung pembubaran dan fungsi kementerian itu yang telah diserapkan kepada beberapa kementerian lain ekoran pengumuman kabinet baru pada Khamis lepas akan dibuat sama ada oleh beliau sendiri ataupun Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa kesemua fungsi yang sebelum ini terletak di bawah tanggunggjawab MECD akan diberi perhatian walaupun telah diserapkan kepada kementerian lain.

“Pada peringkat awal semua berminat nak tahu…tapi saya beri jaminan tidak ada satu pun yang dianggap tidak penting…bila kabinet baru dibentuk tentu ada pihak tertanya-tanya mengapa ia ditiadakan tetapi pada dasarnya ia tetap diutamakan,” katanya selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat di kediamannya di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa mengumumkan barisan kabinet barunya pada Khamis lepas telah tidak menyebut MECD dalam senarai kementerian di bawah pentadbirannya.

Najib kemudian mengeluarkan kenyataan akhbar yang memaklumkan semua agensi di bawah MECD disusun semula dan diserapkan kepada beberapa kementerian lain, termasuk ke dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.

– BERNAMA

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s