Siapa boleh jelaskan kepada saya isu kuota 30 persen bumiputera yang digugurkan semalam ?

ada dua link :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

 

 

dan satu lagi :

 

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/24151-najib-drops-bumiputera-quota-for-services-sector

 

 

Adakah ini bermaksud kuota bumiputera dihapuskan ? atau maksud berlainan ?

 

Harap somebody can help me find out apa sebenar berlaku kepada negara kita sekarang !

 

tq

One response to “Siapa boleh jelaskan kepada saya isu kuota 30 persen bumiputera yang digugurkan semalam ?

  1. Liberalisasi 27 sektor perkhidmatan tanpa kekangan Ekuiti Bumiputra ,

    Kerajaan perkenal langkah tambahan pikat pelaburan asing jana ekonomi negara

    Dalam usaha menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi, kerajaan semalam membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan, berkuat kuasa serta-merta.

    Ia meliputi perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga akan membuka pasaran sektor kecil perkhidmatan lain secara berperingkat kerana perkhidmatan yang disasarkan itu menjadi sektor pertumbuhan baru ekonomi.

    “Tak ada sebarang syarat ekuiti dan ia akan mencetuskan pelaburan yang makin meningkat dan menjadikan sektor perkhidmatan ini lebih berdaya maju, lebih kompetitif dan membolehkan kita bersaing pada peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media di pejabatnya.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu tidak akan memberi kesan buruk kepada industri perkhidmatan domestik kerana kerajaan memberi jaminan terus menyokongnya menerusi pembangunan kapasiti dan pembukaan pasaran eksport.

    Sokongan itu juga dilakukan menerusi dana berjumlah RM100 juta diperuntukkan di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama yang diuruskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) bagi memperkukuhkan industri tempatan dalam menghadapi persekitaran sektor perkhidmatan lebih terbuka.

    Najib berkata, menerusi liberalisasi sektor kecil perkhidmatan itu, kerajaan menjangka lebih banyak aliran masuk pelaburan asing berlaku berbanding 11 peratus daripada keseluruhan pelaburan sektor perkhidmatan berjumlah RM50.1 bilion tahun lalu.

    Kerajaan juga membenarkan lima firma guaman asing yang pakar dalam bidang kewangan Islam untuk menawar perkhidmatan di negara ini sebagai sebahagian usaha membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.

    Perdana Menteri berkata, sebuah Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Mida ditubuhkan bagi memudahkan pelaburan dalam sektor berkenaan.

    Jawatankuasa itu akan bertindak sebagai pusat menerima dan memproses permohonan pelaburan bagi sektor perkhidmatan kecuali perkhidmatan kewangan, pengangkutan udara, utiliti, Koridor Pembangunan Ekonomi, syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Bionexus serta perdagangan pengedaran.

    Liberalisasi sektor perkhidmatan kewangan pula akan diumumkan minggu depan.

    Beliau menjelaskan, semua langkah itu sebahagian daripada komitmen Malaysia terhadap Perjanjian Asean mengenai liberalisasi sektor perkhidmatan.

    “Pengumuman liberalisasi kewangan juga adalah sebahagian daripada perjanjian itu, walaupun pelaksanaannya bergantung kepada sesebuah negara,” katanya.

    Ditanya sama ada liberalisasi itu hanya membabitkan negara Asean, Najib berkata: “Ia terbuka. Apabila dibuka (liberalisasi) kita tidak boleh hadkan (negara).”

    Najib berkata, sektor perkhidmatan adalah komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tahun lalu dengan 47.6 peratus daripadanya disumbangkan oleh perkhidmatan bukan kerajaan.

    Sektor berkenaan turut menyumbang 57 peratus daripada jumlah pekerjaan di negara ini. Tahun lalu, sektor perkhidmatan menyumbang RM102.1 bilion nilai eksport, manakala import sebanyak RM99.8 bilion.

    Mengikut Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Malaysia antara 30 pengeksport utama perkhidmatan di dunia, manakala buat pertama kali pada 2007, Malaysia mencatatkan lebihan dagangan dalam sektor perkhidmatan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s