Analisa lengkap kematian saksi SPRM oleh Blogger Pochong

Di Iran selepas kemenangan Mahmood Ahmedinejad dalam pilihanraya Presiden 12 Jun, telah berlaku arus bantahan dari penduduk Iran yang menyokong perjuangan Mir Mousavi yang mendokong reformasi ke atas Iran. Dalam kekalutan politik, bantahan demi bantahan dan tunjuk perasaan dikatakan Amerika Syarikat telah memainkan peranan penting disebalik pembunuhanNeda Agha-Soltan, gadis Iran berusia 26 tahun yang mati tertembak dan kini menjadi simbol perjuangan kelompok reformasi terhadap pemerintah Iran.

“Kematian Neda sangat mencurigakan,” kata Duta Besar Iran untuk Mexico Mohammad Hassan Ghadiri, seperti dipetik CNN, Jumaat (26/6/2009).

“Pertanyaan saya adalah, bagaimana Neda boleh ditembak dari belakang, diperlakukan di depan sekumpulan jurugambar, dan ditembak di tempat yang tidak terdapat banyak penunjuk perasaan?”

Ghadiri menganggap perisik Amerika CIA atau agen perisik barat yang bertanggung jawab atas kematian gadis tersebut.

“Jadi, jika CIA ingin membunuh orang dan mengaitnya dengan kerajaan, maka memilih perempuan tersebut sebagai korban adalah pilihan yang tepat, kerana kematiannya akan menarik simpati,” kata Ghadiri.

Dalam rakaman video seolah menunjukkan Neda tertembak di bahagian dada, namun Ghadiri mengatakan bahawa peluru dijumpai di bahagian kepala dan peluru yang digunakan bukanlah jenis yang digunakan di Iran.

“Ini adalah kaedah yang digunakan pengganas, CIA, dan agen perisikan barat,” kata Ghadiri.

“Mereka ingin melihat darah mengalir dalam kelompok golongan yang terlibat dengan demonstrasi, jadi mereka dapat menggunakannya untuk melawan Republik Islam Iran. Ini adalah kaedah biasa yang digunakan CIA di kebanyakkan negara,” kata pegawai diplomatik Iran tersebut.

http://pochongmenulis.blogspot.com/2009/07/teng-bong-hock-mangsa-permainan-cianed.html

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s