Kenapa Pakatan Rakyat bagi projek RM2bilion kepada syarikat Singapore ?

(Gambar: Bersungguh benar Khalid Ibrahim. Seronok jadi Menteri Besar di negeri yang terkaya di Malaysia?).

Apakah kekayaan itu masih ada lagi? Berdasarkan kutipan hasil negeri pada 1 Jun 2009, didapati terdapat pengurangan hasil sebanyak RM140 juta jika dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lepas. Berdasarkan hasil tersebut, unjuran hasil negeri Selangor dijangkakan akan menurun sebanyak RM300 juta pada Disember 2009 ini. Fenomena penurunan ini adalah yang pertama kali di Selangor sejak 7 tahun lepas. Apakah punca berlakunya penurunan hasil ini? Masalah ekonomi global? Penurunan berlaku kerana pengurangan hasil premium sebanyak RM102 juta dan pengurangan kutipan royalti pasir sebanyak RM14 juta. Pengurangan hasil ini disumbangkan oleh kencenderungan Khalid Ibrahim yang kerap menangguh dan membatalkan permohonan pembangunan hartanah daripada syarikat-syarikat bumiputera. Kalau tolak bumiputera, Khalid guna syarikat mana?


Bersih sungai atau cipta projek untuk rakan kongsi di luar? (baca sini)

Pada 17 Mei 2009, Khalid mencadangkan projek pembersihan Sungai Klang. Kemudian pada 18 Mei 2009, terus buat lawatan ke Singapura. Kononnya hendak belajar sistem di Singapura. Sebenarnya Projek Pembersihan Sungai Klang yang bernilai RM2 bilion tersebut telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat dari Singapura. Tanah-tanah rezab Melayu di sepanjang 6km di sepanjang Sungai Klang diberikan hak pembangunannya kepada syarikat terbabit sebagai trade off pembiayaan pembersihan Sungai Klang. Bijak benar Melayu yang bernama Khalid ini, bagi syarikat Singapura bersih sungai kemudian reward tanah rezab Melayu untuk dibangunkan kepada syarikat terbabit. Siapa yang untung?

Tricia Yeoh

Apakah pembabitan syarikat Singapura ini ada kaitannya dengan perlantikan Low Siew Moi sebagai Penasihat Kewangan kepada Khalid Ibrahim dan perlantikan Tricia Yeoh sebagai Pegawai Penyelidik Dasar-Dasar Awam kepada Khalid Ibrahim. Kedua-duanya hingga kini belum pun mengangkat sumpah menyimpan rahsia-rahsia kerajaan negeri. Apakah Khalid Ibrahim sudah ketandusan pegawai-pegawai Melayu untuk menasihatinya? Hinggakan memaksa Nadzwan (Bekas Setiausaha Nik Nazmi Nik Ahmad) melaporkan diri sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya. Khalid lebih pentingkan kroninya. Kekayaan Selangor di bawah pentadbiran Khalid semakin susut. Inilah padahnya mempercayai janji-janji PKR. Orang PAS dipinggirkan, PKR kaut kekayaan, DAP buat hal sendiri di Selangor. Beginilah masalahnya, bila berparti secara pakat-pakat kosong sahaja. Esok lusa bergasaklah mereka.

( dari blog Angin Perubahan )

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s