Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib dakwa Dr Asri jemput pergi rumah dia !

Saya baru mengetahui kisah sebenar Dr Asri, dan terjawab sudah samada dia diperangkap atau dia jadi alat perangkap. Kalau buat tesis boleh jugak ni.

Saya terbaca juga sebelum itu kisah dia diajak masuk PAS. Tetapi tidaklah saya sangka bahawa dia yang mengajak Harun Taib datang ke rumah.

Pada pandangan saya mungkin ia satu strategi untuk dakwah wahabi ? kerana saya tahu Hj Hadi dan Harun Taib antara tokoh wahabi di Terengganu.

Tak percaya ? klik sini http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/mar2005/23mar01.html

 

kesimpulannya ?

 

Asri boleh jadi jadi alat memerangkap dan diperangkap. Dia ada kaitan dengan wahabi PAS dan PKR.. Justeru tindakan beliau mengkritik kerajaan adalah untuk mendapat sokongan wahabi dalam PAS.

Percayalah Nik Aziz juga wahabi dan anda perlu fahami ‘konspirasi’  Wahabi dari awal menjadi ‘benih’ hingga lah ke ‘dewasa’ ini.

 

Saya akan bongkarkan satu persatu dan anda tunggu mudah-mudahan saya akan berjaya dalam misi yang suci ini..

 

Hidup Umno !!!!

 

Baca kisah sebenar di bawah ni –

 

KUALA TERENGGANU – Kontroversi penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin menyebabkan cerita beliau akan masuk PAS semakin hangat.

Tribulasi yang dihadapi beliau, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebelumnya menerima memorandum bantahan dari sekumpulan peguam syari’e, meletakkan beliau semakin hampir kepada kehidupan pejuangan dan politik Islam.

Bagi orang-orang PAS, ditahan dan didakwa kerana mengajar ’tanpa tauliah’ sudah menjadi ’asam garam’ dalam perjuangan bersuara, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar ma’ruf, nahi mungkar).
Sehubungan itu Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi.(Gambar yang dirakam ketika kunjungan Ustaz Harun)

Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, hari ini, Khamis.

”Dia menjemput saya makan petang, minum petang dirumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri

”Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah,

”seperti biasa saya berbual seperti zaman saya (mula) mengenal beliau, daripada sebelum dia masuk universiti, sampai keluar universiti,”terang Ustaz Harun.

Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah saat itu, kebetulan waktu Pilihanraya Kecil DUN  Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihanraya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.

”Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik ’join’ PAS,”kata Ustaz Harun sambil membaca hadis ’Talzamul Jama’atul Muslimin Wa Imamahum’ (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).

Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau ’tunggu’ dan memberikan secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.

”Saya belum terima jawapannya lagi,”jelas Ustaz Harun yang berkata beliau bukan mengajak, tetapi menyuruh Dr. Asri menyertai PAS.

”Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah… saya kata,”tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Dr. Asri menyertai PAS.

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s