Ketua Pemuda PAS Shah Alam dakwa Fasi BTN ajar usir Cina !

Tuduhan berat dan tidak diberikan bukti ini adalah tuduhan yang sangat serius. Bayangkan betapa tercemarnya imej Jabatan Perdana Menteri di atas kenyataan begitu serius yang diucapkan oleh Ketua Pemuda PAS Shah Alam ini.

Saya berharap beliau disiasat kerana cuba menimbulkan hasutan dan kebencian terhadap sebuah agensi yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kerana imej BTN yang telah berjaya menanam semangat cintakan negara selama ini telah tercemar dengan kenyataan berbaur fitnah dan mustahil diungkapkan oleh fasi BTN yang pada hemat saya tentu diajar bagaimana menjadi seorang fasi yang baik dan tidak meniupkan semangat perkauman.

Cubaan mengaitkan isu BTN dengan kaum Cina adalah tindakan terdesak mereka yang sudah kehilangan sokongan ekoran dasar Perdana Menteri semakin diterima oleh rakyat.

Sewajarnya isu ini perlu ditangani dengan sewajarnya oleh semua pihak kerana BTN adalah agensi seperti SPRM yang memerlukan pembelaan oleh semua rakyat Malaysia.

Setakat ini ramai telah membela mempertahankan BTN dan isu ini pasti akan berkubur tidak lama lagi.

 

Lihat video di bawah

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s