BPN desak Majlis Raja-Raja Putuskan Kalimah Allah Untuk Islam Sahaja !

Ampun Tuanku Beribu Ampun !!!

BPN dengan rendah diri memohon perkenan sekelian Raja-Raja kita menerusi Majlis Raja-Raja agar membuat keputusan berkenaan isu nama Allah yang masih lagi belum reda di negara kita. Ia ekoran keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan pihak Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan majalah mingguan mereka ‘ Herald – The Catholic Weekly’ walaupun ia tidak dibenarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri.

Meskipun sudah ditangguhkan perlaksanaannya berkat rundingan Kerajaan Malaysia dengan pihak Gereja Katolik ( sekalung tahniah kepada Perdana Menteri ) namun kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini yang menyebut bahawa pihak Majalah Mingguan Herald Weekly ingin menggunakan nama Allah pada masa hadapan sangat merisaukan kita. Ia juga semakin mengeruhkan lagi suasana yang begitu panas di dada umat Islam di Malaysia sekarang.

Begitu juga tindakan 11 peguam yang turut disertai YB dari parti DAP membuat demonstrasi menyokong keputusan penggunaan kalimah Allah di Petrajaya, Kuching pada 12 Januari yang lalu juga memperlihatkan bagaimana isu ini telah cuba dipolitikkan oleh pihak yang ingin mengeruhkan suasana harmoni di negara kita.

Kemarahan rakyat beragama Islam sangat jelas di mana kempen menentang penggunaan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam di Facebook telah mencecah 200,00 seperti laporan Utusan .

Jika tidak dikawal dari sekarang dan mustahil kita rakyat biasa dapat mengawalnya kerana masalah perbezaan fahaman politik, maka BPN merasakan sudah sampai masanya Majlis Raja-Raja sebagai Payung Rakyat dapat menitahkan sesuatu bagi menghentikan polemik yang masih lagi belum terlambat untuk dihentikannya. Kita risau isu ini boleh melarat hingga kepada pembunuhan antara penganut Islam dan Kristian akibat adu domba pihak ketiga yang ingin melihat negara kita akan huru hara dan ditimpa masalah konflik agama.

Apatah lagi ada juga di kalangan YB beragama Islam bernama Khalid Samad yang telah mengkritik badan agama kita ( JAIS dan MAIS ) yang bertungkus lumus menjaga kalimah Allah ini dan jelas dia telah melanggar enakmen yang diputuskan oleh Sultan Selangor.

BPN bersetuju dengan kenyataan tegas TPM yang menyatakan bahawa beliau tidak akan membenarkan kalimah Allah dipermain-mainkan pada masa hadapan.

BPN juga bersetuju dengan desakan pihak yang mewakili 70 NGO untuk mendesak Yang Dipertuan Agong untuk membuat keputusan berhubung isu nama Allah ini…
Setakat ini 10 gereja telah menjadi mangsa perbuatan khianat termasuk ke atas surau dan juga rumah ibadat Sikh. Tidak mustahil bilangan ini semakin bertambah jika tiada campur tangan dari pihak Majlis Raja-Raja untuk menghalangnya dalam hal yang begitu sensitif kepada Islam ini….

Sekali lagi dengan penuh hina dan rendah diri kami Blogger Pembela Negara ( BPN ) memohon titah Duli-Duli Teramat Mulia sekelian agar dapat segera membuat keputusan dalam Majlis Raja-Raja bagi faedah dan manfaat agama Islam dan sekelian umatnya.

Ampun Tuanku Beribu Ampun !!

sumber : http://penembak-tepat.blogspot.com

One response to “BPN desak Majlis Raja-Raja Putuskan Kalimah Allah Untuk Islam Sahaja !

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s