Rahsia Kenapa Ahmad Awang PAS – Mengugut Mohsin Fadzli MP PKR !

Persoalan menarik ini tercetus ketika membaca ugutan terbuka bekas Presiden Ulama Malaysia Haji Ahmad Awang. Yang ingin mengadakan solat hajat 7 hari 7 malam seperti laporan Malaysiakini di sini http://www.malaysiakini.com/news/125646

Sebelum kita pergi jauh mari kita mengenali serba sedikit ‘ tokoh’ ini. Dan kenapa begitu keras ugutannya walhal beliau tidak pula bersemangat untuk mengugut Anwar Ibrahim agar bersumpah menafikan perbuatan liwat.

Dalam carian saya di ‘google’ saya berjumpa beberapa fakta berikut :

1. Haji Ahmad Awang ( HAA) adalah orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Beliaulah yang menjadi ketua rombongan meminang Wan Azizah meskipun ditentang hebat oleh bapa Wan Azizah sendiri kerana tidak bersetuju menerima Anwar Ibrahim sebagai menantu. Maklumat ini sila semak di blog Depa Kata di sini http://depa-kata.blogspot.com/2010/03/ahmad-awang-ancam-mohsin.html Ini bermakna hubungan antara beliau dengan Anwar Ibrahim sudah lama sejak zaman belia lagi hingga ke hari ini.

2. HAA juga didapati kuat menyokong geng Erdogan dan begitu setia mempertahankan DSAI sehingga tulang besi di blog Malaysiawave telah mengangkat HAA di link sini http://www.malaysiawaves.com/2009/06/ahmad-awang-buktikan-wujud-fraksi-umno.html HAA seperti tidak dapat menerima usaha memupuk perpaduan di kalangan umat Islam yang sangat kritikal perpecahannya dan memerlukan perpaduan. Alim ulama tidak berkepentingan sudah pun menyuarakan keperluan membentuk perpaduan ini tetapi golongan ini tidak dapat menerimanya.

3.  Semasa krisis Perak 2009 penghalang utama perpaduan dan pakatan Umno dan Pas adalah HAA. Beliau pernah berkata kepada Dato’ Harussani untuk memilih bekerjasama dengan DAP kafir harbi dari bersama Umno yang didakwa zalim. Perkara ini telah didedahkan oleh Mufti Perak Dato’ Harussani di sini http://www.anwaraidc.com/2010/03/rahsia-rundingan-harunssani.html

4. Apabila kita melihat keakraban antara HAA dengan DSAI maka tidak peliklah kita membaca langkah HAA menghalang usaha bekerjasama di Perak kerana sememangnya HAA tidak ubah seperti Kamarudin Jaafar di Kelantan yang menjadi proksi Anwar.  Beliau adalah geng Erdogan yang gagal dikesan oleh mana mana orang dan terbukti kali ini HAA telah membogelkan dirinya sendiri.

Jika dahulu kita berkenduri menyambut Maulid Nabi 7 hari 7 malam tetapi sekarang PAS akan berkenduri membuat solat hajat untuk mendoakan keburukan bagi MP Bagan Serai yang keluar demi mengelakkan dari bersubahat dengan Anwar Ibrahim yang berani mempersendakan agama dengan menjadikan kalimah Allah sebagai modal politik murahan dalam mencari keuntungan politik dunia yang sedikit.

Apa yang saya nampak HAA meluahkan ugutan yang penuh perasaan kecewa kerana dengkikan MP Bagan Serai YB Mohsin kerana telah diterima rakyat Bagan Serai sedangkan beliau yang bertanding dua kali pada 1999 dan 2004 naum masih lagi gagal mendapat sokongan rakyat.

Selepas mengetahui fakta tersebut barulah kita sedar bahawa beliau sebenarnya memang sudah ditolak rakyat dua kali berturut turut dan sekarang beliau  ingin melepaskan amarahnya dengan menghina calon pilihan rakyat YB Mohsin Fadzli dengan membuat solat hajat 7 hari 7 malam ke atasnya.. Apatah lagi MP Bagan Serai ini tidak mempunyai isu isu yang negatif yang boleh dijadikan modal untuk menjatuhkannya berbanding HAA yang didakwa ada kaitan isu pembalakan di Perak seperti tulisan Depa Kata yang boleh diklik link yang disediakan di atas.

Sila baca artikel menarik juga tentang isu ini di blog selumbaq di sini http://selumbaq.blogspot.com/2010/03/solat-hajat-7hari-7-malam-mad-awang.html

gambar kereta Haji Ahmad Awang yang terlibat dalam kemalangan pada 29 Mei  2008 (sumber  blog Pinkturtle di sini )

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s