Bekas Pengarah Radio IKIM ahli panel ceramah PASTI di Seremban !

gambar : Ir Ahmad Jais Ahmad

Setakat ini banyak kali penulis telah mendengar siaran radio IKIM yang membiarkan berita atau panggilan telefon dari pendengar yang condong kepada parti pembangkang. Setiap kali saya mendengar ucapan penyokong pembangkang setiap kali itu juga darah saya menyirap kerana mendengar celotoh bodoh mereka.

Pada mulanya saya ingin menulis dan juga membalas balik panggilan tersebut terutama apabila ia melibatkan isu seperti royalti minyak. Sedangkan isu royalti minyak sudah dijelaskan dengan meluas oleh pimpinan tertinggi negara. Namun saya fikir untuk menulisnya di suratkhabar atau memberitahu seseorang yang mampu membuat perubahan.

Apabila saya melihat berita pengarah radio IKIM  Tuan Ir Ahmad Jais Alias tersebut telah pun berhenti selepas berkhidmat setahun dua bulan, maka saya bersyukur kerana ia adalah satu tindakan yang saya harapkan selama ini. Belum sempat lagi saya menulisnya pengarah radio tersebut sudah pun meletakkan jawatannya.

Saya khuatir jika dia dibiarkan maka rakyat akan merasa marah kepada IKIM dan tentu sekali bekas Perdana Menteri Tun Abdullah akan turut terkena tempiasnya. Sedangkan tujuan utama IKIM adalah untuk menyebarkan fahaman Islam yang sebenar bukan menjadi tempat untuk dibiarkan suara pembangkang berkumandang ke seluruh negara.

Harakahdaily turut mengesahkan bahawa bekas Pengarah radio IKIM ini memang menjemput ustaz pro pembangkang dalam kuliah agama di IKIM ( sila baca di sini http://www.harakahdaily.net/v2/

Kerana pendengar IKIM adalah dari kalangan mereka yang berminat mendengar hiburan dan info yang keagamaan dan tidak sesekali mahu melibatkan diri dalam krisis politik yang semakin bercelaru dari hari ke hari. Apatah lagi kajian Nielsen menunjukkan bahawa pendengar tertinggi IKIM adalah kalangan remaja yang berumur 15 hingga 19 tahun dan diikuti oleh surirumah

( sumber klik sini http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2010/1/15/mstar_rencana/20100115114506&sec=mstar_rencana )

Syukur di atas perletakan jawatan Pengarah IKIM  dan diharapkan pengarah baru dilantik nanti adalah dari mereka yang memahami aspirasi Malaysia dan dapat mengawal IKIM dari menjadi tempat mempromosikan pembangkang khasnya pemimpin pemimpin mereka di aktiviti yang disebutkan di ruangan khamis petang semasa penyebaran aktiviti masjid.

Kenapa Malaysiakini  dan Harakahdaily menaikkan berita ini di dada laman webnya ?

Jawapannya ialah : Kerana mereka merasa marah ekoran kehilangan orang kuat yang telah berjaya menjadikan IKIM sebagai tempat penyokong PAS khanya mempromosi aktivit bersama pimpinan mereka dan tindakan mengaitkan perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM dengan politik adalah cara untuk mendapatkan sensasi dan menunjukkan layanan tidak adil kerajaan terhadap penjawat awam tersebut…

Mungkin mereka mahu Pengarah yang meletakkan jawatan dikekalkan agar lebih mudah dan lebih banyak lagi promosi di radio IKIM akan menguntungkan mereka.

Lagi menarik selepas meletakkan jawatan, bekas pengarah radio IKIM ini akan berceramah di pentas anjuran PASTI Seremban ( milik PAS ) seperti yang disiarkan oleh blog ini http://syukran.wordpress.com/2010/03/05/mantan-pengarah-radio-ikim-tiada-masalah-forum-di-pentas-pas/ dan juga sini http://waghih.blogspot.com/2010/03/ir-ahmad-jais-ex-ikim-5-mac-2010.html

[BANNER+Forum+Maulid.jpg]

Sudah jelas ke arah mana pegangan politiknya dan ia tidak lari dari apa yang dianalisa oleh penulis. Jika beliau menentang sikap PAS yang memperalatkan agama tentu sekali beliau tidak akan hadir ke majlis tersebut….

Oh ye, saya teringat jus tok guru yang ada kaitan dengan Nik Aziz’s family sering disiarkan di IKIM tidak silap saya. Sekali dengar seperti promosi secara halus pula kepada Nik Aziz Nik Mat yang digelar tok guru, walaupun tentu mereka akan menafikannya produk tersebut untuk mempromosikan nama PAS.

Di sini ada penjelasan IKIM berhubung isu yang telah dibangkitkan sebelum ini di Harakahdaily di sini http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=1&sec=&key=2038&cmd=resetall

selepas ini semua pegawai dan juga DJ IKIM juga perlu disiasat  agar tidak ada lagi pihak pro kepada pembangkang di dalam organisasi IKIM yang bernaung di bawah kerajaan…

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s