Malaysiakini ada hubungan dengan Malaysia Today – Zahrain

Ucapan Penuh YB Bayan Baru di Parlimen pada 18 Mac 2010

Dato Yang Di Pertua,

Semalam saya telah mendedahkan suatu kebenaran yang terpendam begitu lama. Memang berhadapan dengan kebenaran itu sesuatu yang menyakitkan, ‘the truth hurts’. Sebab itulah kita dapat melihat reaksi yang bagaikan chimpanzee didalam sarkis semalam. kerana kebenaran itu menusuk kalbu mereka.
Nasihat saya kepada mereka, terimalah kebenaran dengan hati terbuka. kalau saudara memilih untuk terus hidup dibawah sindrom penafian ‘denial syndrome’ itu adalah ahak saudara. Tapi suatu ingatan daripada saya, kalau saudara memilih untuk hidup dibawah sindrom penafian kepada konspirasi pembohongan ini, kebenaran itu akan datang menghantui saudara dan menjadi suatu mimpingeri buat saudara kemudian hari nanti.

Sebenarnya saya memilih untuk membuat pendededahan ini kerana mereka memilih untuk memalukan dan mengaibkan saya serta keluarga. ‘They hit below the belt’ Mereka memilih untuk memfitnah dan membawa cerita palsu dengan niat untuk membunuh karektor dan peribadi saya. Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali meneruskan fitnah dengan membuat kenyataan dua hari lepas bahawa proses pembersihan telah selesai dan PKR kini sebuah Parti yang bersih dari daki dan najis.

Saya ingin menegaskan bahawa memang Tuhan telah melakukan proses pembersihan didalam PKR. memang kami yang bersih dan suci sudah dikeluarkan daripada PKR, yang tinggal didalam PKR sekarang hanyalah mereka yang berdaki dan najis sahaja. saya nasihatkan Syed Husin supaya membaca buku SHIT tulisan sasterawan negara Professor Emeritus Dato Shahnon Ahmad. Memetik kata-kata Dato Shahnon Ahmad, apa yang tinggal didalam PKR hari ini hanyalah SHIT sahaja. Dan Hari ini, di dewan yang mulia ini, saya ingin mendedahkan SHIT tersebut supaya rakyat tahu dan tidak terus terpedaya dengan mainan politik silap mata PKR ini.

Pada 12 Februari 2010, saya terpaksa mengambil langkah berani berhijrah daripada PKR menjadi Ahli Parlimen Bebas tanpa ikatan kepada mana-mana Parti. asas kepada penghijrahan ini adalah kerana keyakinan saya kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat sudah diselubungi keraguan.

Keraguan saya adalah berdasarkan kepada landasan perjuangan Paktan Rakyat yang berteraskan reformasi dan pengubahan sudah menjadi agenda peribadi. ini terbukti apabila pembohongan dan putar belit agenda 16 September terbongkar, agenda merampas Putrajaya ‘at all cost’ keghairahan mereka terhegeh-hegeh menghantar deligasi sandiwara dianggotai oleh YB Batu, YB Bukit Lanjan, YB Machang dan lain-lain ke taiwan membontoti Ahli Parlimen Barisan Nasional demi melaksanakan agenda sempit mereka.

Saya masih teringat pada masa itu kami Ahli parlimen pakatan Rakyat diperkudakan, diperalatkan dan dipermainkan. Kami dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen BN yang akan melompat sudah lebih daripada mencukupi. saya masih ingat antara nama-nama yang disebut adalah seperti YB Kalabakan, YB Kimanis, YB Kinabatangan, YB Tawau, YB Sepanggar, YB Batu Pahat termasuk YB Jerantut dan YB Gua Musang dan lain-lain. Malahan salah seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR.

yang Di Pertuan Agong dikatakan sedang menunggu di Istana untuk mendapat pengesahan jumlah MP BN yang akan melompat dan memberi perkenan Tuanku untuk PR membentuk Kerajaan Persekutuan. Malahan yang Di Pertuan Agong dikatakan sudah berkenan dan merestui YB Permatang Pauh sebagai PM ke 6. Malahan nombor plate kereta pun sudah ditukar menjadi WMK 6! kami disogok cerita kononnya Panglima ATM dan ATM juga memberikan sokongan pembentukan Kerajaan Persekutuan oleh PR.

Pada masa itu, kami Ahli-Ahli Parlimen PR khususnya PKR pada masa itu diarah berada didalam kawasan Parlimen untuk mengambil alih kuasa tersebut yang dikatakan akan berlaku bila-bila masa. kami dibohongi kononnya salah seorang Timbalan Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadap Kerajaan Persekutuan dan menyokong PR mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Begitulah sandiwara pembohongan 16 September yang menyebabkan akhirnya keraguan mengatasi keyakinan saya terhadapa perjuangan PKR, ‘doubt has overtaken my faith’.

keyakinan saya terhadap perjuangan PR hancur berkecai apabila melihat amalan politik sempit yang ditunjukkan oleh kepimpinan YB Bagan, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. YB Bagan ini adalah pemimpin DAP yang sama yang dihambat dan ditendang keluar oleh DAP Melaka. ( YB Kota Melaka tentu tahu kisah ini ). sehingga terpaksa merempat ke negeri lain, iaitu Pulau Pinang. makin hari makin terserlah sikap diktatorial, chauvinis, ekstremis, anti islam dan berfikiran ala komunis beliau. dahulu slogannya ‘ malaysian Malaysia tetapi apabila slogan itu menjadi propaganda bankrap yang ditolak rakyat, slogan baru Middle malaysia pula dikompangkan. Slogan bertukar kulit, agenda jahatnya tetap sama!

Slogan baru ini jelas membuktikan agenda perkauman sempit yang dibawa oleh YB Bagan. Nasib bangsa Melayu dan umat Islam terpinggir dan semakin teraniaya. bukan sahaja golongan bawahan dan marhaen teraniaya, malahan institusi Islam juga dipermainkan. Bukan sahaja institusi seperti Pusat Zakat menjadi mangsa politik chauvinis mereka, malahan cubaan membatalkan sambutan perarakan maulidurasul membuktikan sikap anti Islam yang menebal dibawah kepimpinan YB Bagan.

namun YB Bagan bukan sahaja gagal menjawab teguran dan kritikan saya, sebaliknya memilih untuk melemparkan fitnah dan tomahan yang jahat terhadap saya dan ahli keluarga, kononnya terlibat didalam tender Kelab Golf Bukit Jambul melalui syarikat bermodal RM2 yang anak saya kononnya mempunyai kepentingan. Saya telah pun mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap dia.

dan yang paling malang, tindak tanduk diktatorial, chauvivis, ekstremis, anti Islam dan ala komunis YB Bagan mendapat sokongan daripada YB Permatang Pauh, seorang pemimpin Melayu yang kononnya menjadi juara Islam, Juara Keadilan dan juara segala juara.

Dan sikap YB Permatang Pauh ini telah mengembalikan ingatan saya kepada lipatan sejarah yang lalu. Kini saya menyedari bahawa kita, rakyat dan negara ini berdepan dengan manusia yang bertopeng pelbagai watak raksaksa pelbagai wajah. Ini juga watak yang sama yang menyokong pemecatan mantan ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas pada tahun 1988 yang membawa kepada kehancuran badan kehakiman. Dan inilah badan kehakiman yang mempertikaikan kewibawaannya oleh YB Permatang Pauh hari ini. Alngkah Ironisnya, bagaimana roda keadilan berputar, dahulu beliau bertindak menzalimi badan kehakiman, kini beliau pula mendendangkan lagu dizalimi oleh institusi yang beliau zalimi.

Kita tidak lupa inilah juga wataknya yang membiarkan Almarhum Datuk Mufti Selangor Dato Ishak baharom dipecat, dan hari ini mendabik dada kononnya dia mahu memperkasa Institusi Islam. dan jangan lah kita lupa inilah orangnya yang semasa berkuasa dahulu menggelar sahibul fadilah Tok Guru Nik Aziz, Murshidul Am PAS sebagai ulama terompah!

Inilah orangnya yang menjadi Hang Tuah membinasakan Institusi Raja-Raja Melayu apabila kekebalan Raja-Raja Melayu berbangkit tahun 1980an. Dan hari ini kononnya mahu mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

Sejarah tidak berbohong, dan sejarah akan membuktikan bahawa kita sedang berdepan dengan seorang manusia yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamatnya. Political expediency at all cost. Putrajaya sudah menjadi seperti milik mutlaknya, tetapi saya yakin Putrajaya akan berubah menjadi mimpi ngeri beliau.

saya cukup yakin keputusan saya meninggalkan PKR dan berhijrah adalah tepat dan benar. Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam keadaan ini. saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya.

Dato Yang DiPertua, Yang Di Pertuan Agong dalam titah ucapan baginda melahirkan kedukacitaan tentang perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru termasuk media portal.

saya menyokong penuh titah Tuanku ini dan ingin menegaskan bahawa titah Tuanku itu sebenarnya ada kaitan dengan sikap political expediency at all cost ini yang tidak terhenti kepada politikus-politikus bertopeng ini, malahan menular ke mouthpiece mereka iaitu media portal MalaysiaKini. Saya menyaksikan sendiri bagaimana perbuatan politik bertopeng pelbagai wajah ini memperkudakan media portal untuk agenda jahat mereka.

baru-baru ini saya telah terpilih mengikuti rombongan lawatan kerja deligasi Parlimen Malaysia ke Washington DC untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia – Amerika termasuk menambah baik hubungan dagangan Malaysia-Amerika. Ini termasuk lawatan ke Kongres, Senat dan US Trade Representative dan menghadiri forum tertutup yang dianjurkan oleh CSIS ( Centre For Strategic & International Studies ) Amerika Syarikat.

Saya sangat terkejut apabila penganjur daripada CSIS memaklumkan kepada kami bahawa ada menerima panggilan dari seorang pembantu khas YB Permatang Pauh bernama Aasil kazi Ahmad yang meminta pihak penganjur CSIS membatalkan forum tersebut. Ini adalah kerana selama ini YB Permatang Pauh telah memonopoli sebarang pertemuan dengan pihak Amerika dan menentukan apa jenis maklumat yang boleh disampaikan kepada pihak pentadbiran Amerika. Namun senario ini berubah dengan usaha gigih YB Rompin merangkap Duta Besar yang baru Ke Amerika dan YB padang Rengas Menteri di JPM. Usaha ini telah berjaya memecahkan topeng politik mereka.

Dato Yang DiPertua, setahu saya Aasil ini adalah salah seorang pembantu khas YB Permatang Pauh yang bekerja di Pejabat Ketua Umum PKR di Ibu Pejabat PKR. Beliau juga adalah salah seorang ‘spin doctor’ bagi mereka khususnya bagi perhubungan luar dan antarabangsa mereka. Saya mendesak KDN untuk menyiasat watak bernama Aasil ini. Apakah dia mempunyai permit bekerja dalam negara ini, dan sama ada beliau sebenarnya antara dalang-dalang antarabangsa yang memainkan peranan menggugat kestabilan negara. Saya mengesaki Aasil adalah warga Amerika keturunan Pakistan, seorang warganegara asing yang pada saya adalah pengkhianat bagi negara ini. bagi saya. Malaysia tidak memerlukan pengkhianat asing seperti ini. Saya mendesak supaya KDN mengambil tindakan tegas dengan menghalau watak pengkhianat seperti ini.

selanjutnya semasa forum tertutup tersebut, hanya wakil media dari MalaysiaKini yang datang dari san Francisco dibenarkan oleh penganjur hadir membuat liputan. Apa yang mengejutkan saya, laporan awal mengenai forum tersebut tidak pula dilaporkan dalam MalaysiaKini, sebaliknya muncul dilaman portal kononnya dimiliki oleh Raja Petra, seorang fugitive yang bankrap yang kini didalam pelarian. Ini adalah laman web yang sering dipergunakan oleh pimpinan PR untuk melempar fitnah terhadap sesiapa yang menjadi sasaran mereka, terutamanya yang tidak sehaluan dan tidak menyokong mereka secara membabi buta. Ternyata laporan awal wakil MalaysiaKini disalurkan kepada Raja Petra untuk dicanaikan dahulu!

Dan laporan mengenai forum berkenaan, yang disiar dilaman portal milik Raja Petra tersebut sarat dengan fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.

Sehari dua selepas itu, lamanweb malaysiaKini pula menyiarkan laporan mengenai forum tersebut dengan memetik daripada laman web milik Raja Petra tersebut, tetapi tanpa fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.

Ini jelas membuktikan MalaysiaKini dan Raja Petra bersekongkol ‘hand in glove’ dengan pemimpin PR untuk melakukan putarbelit laporan dan character assassination terhadap sesiapa juga yang menjadi batu openghalang kepada impian mereka merampas Putrajaya at all cost.

saya yakin dengan teguran Tuanku tepat pada masanya, dan saya menyokong penuh. saya mendesak Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan menyeluruh dan mendalam terhadap kedua-dua laman portal MalaysiaKini dan Raja Petra, terutamanya samaada mereka menerima pembiayaan kewangan daripada politikus-politikus bertopeng ini.

saya ingin mendedahkan bahawa sebenarnya Raja Petra ini hanyalah barua politikus-politikus bertopeng ini. Beliau ini hanyalah bertindak sebagai ghost writer, penulis berhantu sahaja. Penulis hantu sebenarnya adalah mereka yang menjadi mercenary writer- penulis-penulis upahan yang dibayar oleh mereka. Dan saya tahu Raja Petra kini dilindungi disebuah kediaman mewah di London milik pemimpin kanan PKR. InsyaAllah tiba masa yang sesuai saya akan dedahkan siapa dalang yang membiayai penulis-penulis hantu ini.

Saya ingin menyatakan bahawa saya kenal pasti salah seorang penulis MalaysiaKini iaitu Terence Netto adalah penulis upahan mereka yang menjadi spin doctor kepada politikus bertopeng ini. Ini adalah golongan yang mengamal politik jijik dan kotor, dasar matlamat menghalalkan cara yang akan menyebabkan pengasas fahaman ‘Machiavelli’ boleh mati terkedu. Ini kerana Machiavelli merumus dasar matlamat menghalalkan cara untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Sebaliknya para politikus bertopeng ini menyalahgunakan dasar tersebut untuk mencapai agenda sempit kepentingan manfaat peribadi mereka.

Dato Yang Di Pertua, saya menjemput Dato dan mereka yang berminat untuk membaca semua tulisan Terence Netto ini dan membuat penilaian sendiri. tetapi saya yakin tiada rumusan lain yang akan dapat dibuat melainkan bahawa Malaysiakini, Raja petra, terence Netto adalah barua-barua dan penulis hantu kepada politikus-politikus bertopeng ini.

saya mendesak supaya Suruhanjaya Multimedia dan SPRM untuk menyiasat penulis upahan Terence Netto dan dalang-dalang dibelakang beliau. Negara ini tidak memerlukan manusia bertopeng seperti ini.

Dato Yang Di Pertua, teguran YDP Agong hendaklah diambil dengan serius. saya mengingatkan diri saya dan rakyat negara ini bahawa jika tiada sebarang tindakan serius diambil terhadap mereka ini, percayalah bahawa budaya fitnah memfitnah akan tumbuh subur dan mekar dalam negara tercinta ini. dan janganlah kita menyesali kelak apabila budaya ini menjadi lumrah dalam masyarakat kita. Sekiranya budaya ini berterusa, saya yakin itulah petanda kepada kehancuran tamadun dan peradaban negara Malaysia yang tercinta ini.

Dato Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan ini menegur pimpinan Kerajaan BN. Saya melihat keupayaan pimpinan PR menjalankan kegiatan memburukkan dan menghasut negara asing supaya membenci negara kita adalah kerana kelemahan dan kegagalan kerajaan untuk menangani masaalah tersebut dengan serius dan terancang.

Contohnya, saya melihat perwakilan Malaysia diluar negara seperti Duta dan Diplomat gagal menjalankan peranan untuk membuat program penerangan yang jelas dan berkesan. Ada yang mengambil sikap tugasan mereka sekadar satu kerja mencari makan. habis waktu pejabat habislah tugas mereka. Saya percaya ramai para duta dan diplomat yang agak profesional dan pakar dalam tugasan mereka. Namun begitu kekadang mereka ‘overlook’ kepentingan politik dan impak sesuatu isu kepada negara.

Jadi saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya menilai semula strategi dan kaedah lantikan para duta dan perwakilan Malaysia ke luar negara. Terutamanya ke negara-negara kritikal seperti Britain, Australia, Turki, Indonesia, India dan negara Timur tengah. saya mencadangkan agar kerajaan melantik ahli politik berpengalaman sebagai Duta malaysia ke negara-negara kritikal ini. saya melihat bagaimana keputusan melantik YB Rompin sebagai Duta Besar Malaysia Ke Amerika Syarikat membawa kesan yang positif dalam menangani masaalah ini.

Saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan para Diplomat kita. Saya sedar dan insaf ramai dikalangan mereka telah berjaya mengukir nama sebagai Diplomat yang hebat dan profesional. Nama seperti Tan Sri Razali Ismail adalah contoh yang pernah mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa. Namun saya berpendapat bahawa di negara-negara kritikal ini, seorang Duta yang mempunyai pendedahan dinamik dunia politik tempatan khususnya akan dapat memainkan peranan lebih efektif.

Akhirnya YB Tan Sri Speaker, saya mengalu-alukan titah diraja YB TS Speaker, saya mengalu-alukan titah diraja Yang Di Pertuan Agong yang pada saya memberi suatu garis panduan dan halatuju yang positif untuk dijadikan sebagai wadah untuk kerajaan melaksanakan dasarnya demi kebaikan dan kebajikan rakyat dan negara ini.

Sekian, Terima Kasih

sumber – putra merdeka

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s