PAS baru sedar diperkudakan PKR dalam Pakatan Rakyat

PAS serik berkempen untuk PKR!

1. Pertamanya, penulis bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. atas kemenangan Barisan Nasional di Hulu Selangor. Jutaan terima kasih diucapkan kepada 24,997 pengundi yang menaruh kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali mewakili mereka di Dewan Rakyat. Walaupun penulis bukan sesiapa di dalam BN dan di Hulu Selangor namun kesejahteraan dan rahmat yang dibawa BN secara keseluruhannya selama ini amat membahagiakan penulis.

2. Dalam banyak-banyak artikel yang memperkatakan mengenai keputusan pilihanraya kecil ini, sama ada yang meraikan kejayaan BN atau sikap sindrom penafian PKR, PAS dan DAP yang menyalahkan BN atas kekalahan mereka, penulis amat tertarik dengan artikel Malaysiakini bertajuk Pakatan tenangkan penyokong di Hulu S’langor (sini).

3. Membaca ratapan kesedihan Zaid setelah tewas kepada P. Kamalanathan di Hulu Selangor sehingga menyebabkan anak gadisnya menangis di pentas amat mendatangkan “kesyahduan” di hati penulis. Beliau memberikan alasan ketewasannyaberpunca dari perbuatan “membeli undi’ yang “dihalalkan” di negara ini dan dalam konteks di Hulu Selangor, perbuatan berkenaan “berlaku siang dan malam”. Mungkin Zaid berani untuk menyatakan demikian kerana beliau mengetahui parti yang diwakilinya (PKR) melakukan perbuatan “membeli undi” ini sepanjangtempoh berkempen. Cuba lihat gambar di bawah (dari AgendaDaily) dan ulasan Nobisha di sini.4. Kecewa benar Zaid dan BN dipersalahkannya 200%. Zaid seharusnya memuhasabah diri dan insaf bahawa kemenangan BN ini telah ditakdirkan Allah. Jangan jadi macam Anwar, cakap saja pandai, Kerajaan 16 September tidak menjadi kerana Allah tidak izinkan (sini), tetapi pada masa yang sama, salahkan BN, salahkan rakyat, salahkan polis, salahkan semua kerana tidak menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Apa punya malang Malaysia dapat Ketua Pembangkang sebegini?

5. Berbalik kepada perhimpunan di Stadium Mini Kuala Kubu Bahru,sebenarnya ia diadakan untuk “meraikan kemenangan” PKR, namun ia bertukar menjadi “majlis menyedapkan hati”. Sebab itu jika dilihat jumlah kehadiran ketika proses pengiraan undi mencecah lebih seribu orang. Siap dengan layar putih disediakan di sana. Sejurus selepas mengetahui kekalahan Zaid, maka para penyokong mula melangkah longlai meninggalkan stadium.

6. Sudahlah kecewa dengan kekalahan, pedihnya hati amatlah dirasai penyokong PKR, PAS dan DAP kerana Anwar Ibrahim sendiri melarikan diri awal-awal lagi sebaik saja beliau mengetahui Zaid kalah di Hulu Selangor. Tiada langsung rasa bertanggungjawab untuk bersama-sama penyokong untuk menerima kekalahan. Cuba bayangkan sekiranya Zaid yang menang, sudah pastilah Anwar akan menjadi orang pertama yang berada di pusat penjumlahan undi bagi menunjukkan kepada dunia bahawa dek kerana faktor dan aura beliaulah Zaid menang di Hulu Selangor.

7. Selain ketiadaan Anwar, satu lagi situasi menarik yang berlaku ialah tiada seorang pun “orang besar” PAS yang hadir untuk bersama-sama bagi menenangkan hati para penyokong mereka. Cuba lihat gambar di bawah, langsung tiada “hubaya-hubaya” PAS di sana. Perkara ini diakui sendiri oleh penyokong PAS dan keadaan sedemikian amat berbeza dari malam sebelumnya yang penuh sesak dengan penyokong Zaid bagi meraikan “pra-kemenangannya” (sini).
8. Keadaan ini jelas menunjukkan bukan saja penyokong PAS yang amat kecewa dengan Anwar kerana memilih Zaid tetapi juga pimpinan atasan PAS. Mereka malu kerana terpaksa mempertahankan “Haji Zaid” (gelaran yang diberikan semata-mata untuk kempen di Hulu Selangor. Lihat sini dan sini.) yang bermasalah moral dan dihentam oleh mereka sendiri sebelum ini (sini). Ia amat memalukan PAS yang terpaksa menjilat semula ludah sendiri. Jangan dikatakan Nik Aziz dan Hadi Awang, pimpinan PAS Selangor pun langsung tidak menunjukkan muka.

9. Ini sudah semestinya petunjuk jelas bagi membuktikan PAS sudah serik untuk berkempen untuk PKR. Sudahlah jentera mereka diperkudakan dek kerana lumpuhnya jentera PKR akibat tindakan ahlinya keluar meninggalkan parti secara beramai-ramai, peruntukan kempen untuk PKR pun mereka terpaksa keluarkan. Entah hilang ke mana perginya peruntukan kempen dan wang-wang kutipan sumbangan penyokong setiap kali ceramah diadakan (sini)?

10. Bayangkan sekiranya jentera PAS yang datang jauh dari Wakaf Che Yeh dan Kodiang, minyak kereta dan tol sudah cukup untuk memeningkan, inikan pula untuk menampung kos sara kempen untuk sembilan hari. PKR sekurang-kurangnya patut menyediakan makanan untuk petugas PAS sepanjang mereka berada di Hulu Selangor namun jangankan kata makanan, air mineral pun tarak.

11. Akhirnya, pilihanraya kali ini amat memberikan pengajaran kepada PAS bahawa selama ini mereka diperkudakan oleh Anwar untuk memperoleh undi orang Melayu Islam. PAS sudah pasti dapat melihat bagaimana DAP yang hanya menggoyangkan kaki langsung tidak membantu. DAP langsung tidak ditegur Anwar, mungkin kerana Anwar menyedari undi Cina sememangnya akan menyebelahi Zaid.

12. Sewajarnya PAS memeriksa kembali kedudukan mereka di dalam gabungan tidak berdaftar itu. Sekiranya PAS masih mahu tidur di bantal yang sama dengan PKR dan DAP, mereka harus bertegas khususnya dengan Anwar Ibrahim. PAS tidak perlu takut kerana di kalangan tiga parti ini belum ada wakil rakyatnya yang menjadi bebas atau melompat ke BN jika dibandingkan dengan parti Anwar Ibrahim itu. PAS perlu tunjukkan nilai mereka yang sebenar kepada Anwar! Jangan hanya kerana Anwar bermimpi untuk jadi PM maka segala kemahuannya diturutkan! Tunjukkan yang “hubaya-hubaya” PAS juga ada telor! Namun persoalannya, beranikah PAS berbuat demikian?

Nota kaki:

Penulis terfikir, di manakah agaknya Zaid akan diletakkan Anwar dalam Pilihanraya Umum Ke-13 bagi memastikan beliau berjaya ke Dewan Rakyat? Di Hulu Selangor atau di Kota Bharu? Ataupun di tempat baru? Hanya Anwar yang dapat menentukannya, maklumlah Pakatan Rakyat tu kan dia punya!

tulisan : Satulimatiga @ http://satulimatiga.blogspot.com

One response to “PAS baru sedar diperkudakan PKR dalam Pakatan Rakyat

  1. Pingback: Cerita Kuda Dan Diperkudakan (iii) « C i T R A W A N i 2

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s