Keputusan Kabinet Tun Abdullah Isu Blok Minyak L dan M Telah Menguntungkan Malaysia – Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak

pak-lah-dan-najib1.jpg

SIBU: Datuk Seri Najib Razak yakin bahawa rundingan antara Malaysia dan Brunei berkaitan dengan persempadanan laut dan darat akan mencapai satu bentuk penyelesaian yang saling menguntungkan kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara jiran itu sedang berunding perkara berkenaan dalam semua aspek, termasuk peranan dan peluang yang boleh diraih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) daripada segi kerja cari gali dan pembangunan serta pelaburan yang boleh dibuat oleh Brunei di Malaysia sebagai satu pakej.
Blok+M+%26+L.jpg

“(Duli Yang Maha Mulia) Sultan Hassanal Bolkiah selalu sebut perkara ini bahawa baginda berkehendakkan penyelesaian yang berasaskan satu formula yang saling menguntungkan,” katanya.

Najib berkata demikian selepas menghadiri jamuan tengah hari dan menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 32 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak di Kem Rascom, Briged Kesembilan Infantri di Jalan Ulu Oya dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, persetujuan pada prinsipnya dicapai pada 2009 dan kini kedua-dua pihak sedang melihat rundingan daripada segi kajian yang dilakukan dalam satu semangat perjanjian yang menguntungkan.

Najib diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menulis dalam laman blognya Khamis lalu, mempersoalkan sebab dua medan cari gali, konsesi blok L dan blok M, yang bukan lagi kepunyaan Malaysia dan berkata kehilangan itu boleh mengakibatkan kerugian kepada Malaysia sekurang-kurangnya AS$100 bilion (RM320 bilion).

4_1.jpg

Dr Mahathir mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran bagi Limbang. Abdullah, yang menandatangani Pertukaran Surat pada Mac 2009, menjelaskan bahawa perjanjian darat dan laut dengan Brunei diluluskan Kabinet Malaysia dan Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha sama pembangunan minyak dan gas atas dasar komersial di kedua-dua kawasan itu bagi tempoh 40 tahun.

Sementara itu, Petronas pula berkata, syarikat minyak nasional itu dipelawa oleh Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir tersebut atas dasar persetujuan komersial.

Petronas berkata, syarikat itu sudah menubuhkan satu pasukan dan memulakan rundingan dengan Brunei untuk memperincikan terma bagi pembangunan kedua-dua kawasan itu yang kini dikenali sebagai Blok CA1 dan CA2. – Bernama

Sumber Berita Harian

Komen Isac;

Kalau dilihatkan kepada segi geografi kawasan tersebut berada di dalam kawasan bertindih. Secara logiknya ia lebih hampir kepada Negera Brunei. Pada kebiasaannya jika berlaku tuntutan “bertindih” sebegini, tiada apa yang boleh dilakukan kerana sebarang eksplorasi minyak/gas hanya akan mengundang ketegangan dengan pihak yang satu lagi.

Apabila ketegangan semakin memuncak selain ianya mungkin boleh mengundang pertembungan fizikal/ketenteraan, penyelesaian di Mahkamah Dunia/The Haque pastinya akan mengambil masa yang lama. Sepanjang tempoh itu pastinya sebarang bentuk eksplorasi akan ditegah sehingga keputusan mahkamah diputuskan.

BRU12_290409_NAJIB_opt.jpg

Perlu diingat selama 52 tahun kita merdeka, Negara Brunei adalahmerupakan sebuah negara jiran tetangga yang baik. Tidak pernah sekalipun berlaku pertelingkahan maupun ketegangan dengan negara ini. Selain itu Sabah dan Sarawak juga adalah asalnya milik mereka. Pastinya jika Brunei menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Sabah dan Sarawak tidak akan berada di bawah Malaysia pun. Selain itu Brunei merupakan sebahagian daripada gugusan pulau-pulau Melayu dan permusuhan ini hanya akan melemahkan kita.

Jestru itu adakah wajar untuk kita sengaja membangkitkan isu ini dan mengundang marah mereka?

Dalam keadaan sekarang selain daripada eksplorasi minyak/gas dapat dijalankan hampir serta-merta, kedua-dua negara akan berkongsi kemakmuran di kedua-dua blok tersebut iaitu Blok L & M. Petronas juga akan dapat peluang untuk berkerja sama dengan Brunei dan siapa tahu selepas usaha sama ini, Petronas bakal berpeluang untuk memonopoli eksplorasi minyak/gas di negara Berunei. Kawasan Limbang mungkin akan dapat kekal dalam Malaysia tanpa bantahan Brunei dan ikatan kekeluargaan yang telah terbina sejak beratus-ratus tahun akan semakin kuat dan utuh.

Bukankah ini suatu keputusan “menang-menang? Maksudnya Pak Lah juga telah mengambil satu keputusan yang tepat dan selari dengan kehendak Islam dan budaya Melayu. Selalu menghormati/menjaga jiran tang baik.

Siapa kata Pak Lah “bodoh”? Dalam kes ini penulis sependapat dengan Dato’ Seri Najib dan Dato’ Nazri bahawa tindakan Pak Lah sememangnya bijak. Umpama, “menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak”.

trio+umno.jpg

Tulisan Isac @ http://bumiyang.blogspot.com/

Komen Panglima :

Setiap orang berbeza pandangan tetapi tidak harus menjadi musuh apatah lagi kita adalah sesama Islam dan satu bangsa yang sama partinya…

Terima Kasih atas cuitan Tun Mahathir dalam blog Chedet hingga isu ini berjaya difahami dengan baik oleh semua pihak.

Mari kita berlapang dada memahami isu yang berlaku tanpa sebarang persepsi negatif kepada sesiapa pun….

Mari kita bersyukur dan berdamai di bawah payung rahmat negara kita Malaysia….

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s