Rahsia kenapa PAS dan ahlinya gelabah isu Jemaah Islamiyyah (JI )

Jika benar penglibatan PAS dengan Jemaah Islamiah (JI) hanyalah gimik kerajaan, kenapakah Harakah beria-ia menepis angin?

Reaksi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah menggelupur dalam usaha mengikis imej pengganas dari dirinya, membuatkan kita semakin syak.

Tidak mungkin pokok bergoyang jika tak ada angin. Apatah lagi, di Malaysia ini, segala khabar angin politik seringkali terbukti benar. Bukan sesuatu yang pelik pun untuk sesiapa mengaitkan atau mengesyaki PAS dengan JI mahupun pengganas jika benar-benar mengikuti sejarah PAS sejak dahulu.

Peristiwa Memali, Sauk, sembahyang dua imam, fatwa kafir dan sebagainya yang berkait secara langsung dengan PAS sememangnya merujuk ke arah perpecahan ummah, pertelingkahan kaum serta keganasan.

Dalam kenyataan ‘bela-diri’, PAS menggambarkan seolah-olah isu JI-PAS hanyalah sebagai usaha kalih pandangan UMNO.

Alasan PAS bahawa Hadi Awang tidak mungkin seorang pengganas adalah kerana dia seorang Presiden Parti, Ahli Parlimen dan mempunyai ramai penyokong dan popularitinya adalah melebihi dari populariti Perdana Menteri sendiri bukan sahaja dangkal tetapi agak lucu juga.

Menurut Harakah, Hadi Awang dikenali dunia Islam antarabangsa serta ucapannya disukai setiap lapisan masyarakat, maka tidak mungkin sama sekali dia seorang pengganas.

PAS bukannya tidak faham, tetapi pura-pura tidak faham bahawa isu di sini bukanlah tentang samada Hadi Awang itu pengganas.

Walaupun kita tahu yang Hadi Awang, seperti juga rakan-rakan ‘pemimpin’ PAS lain seperti Mahfudz dan Mat Sabu adalah manusia-manusia yang tidak berapa bijak, tetapi tahap ketidak-bijaknya mereka tidaklah sampai mengebom dan membunuh orang secara langsung.

Dan kalaupun mereka benar-benar tidak bijak langsung, mereka tidak mungkin punya keberanian untuk melakukan keganasan tersebut sendiri. Segala seruan jihad dan mengangkat senjata ke atas pengganas Zionis yang dilaungkan Hadi, tetap menjadi sekadar seruan selama berpuluh tahun berlalu.

Kaitan PAS/Hadi-JI dan Wahabbi adalah lebih kepada pemikiran dan matlamat perjuangan dan bukannya tindakan langsung.

Fahaman Wahabi yang mengasingkan fahaman ilmu tasawuf dan ilmu usuludin bertentangan sekali dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Fahaman Wahabi adalah sealiran dengan fahaman Ibn Tamiyah dan fahaman Musyabihah. Cuma terdapat sedikit perbezaan yang diubah suaikan mengikut peredaran masa dan tempat.

Walaupun dari segi fekah, kaum Wahabi di Malaysia mengakui mereka bermazhab pada Imam Syafei, namun pada pokok ilmu ketauhidan amat berbeza kerena kaum Wahabi mengamalkan konsep Rubuhiyah dan Uluhiyah yang bertentangan dengan akidah Ahlul Sunnah.

Pada prinsipnya fahaman Wahabbi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan Hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabbi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabbi.

Kenyataannya dalam Harakah 28 Jun – 1 Julai, Hadi Awang sendiri mengakui bahawa dia mendapat pendidikan di Universiti Wahabi dan mendapat tajaan biasiswa Wahabi.

Dia bagaimanapun kemudiannya menegaskan yang pendidikan dan tajaan yang diterimanya tidak menghalangnya dari mempunyai pandangan sendiri berkenaan hal ehwal agama. Jelas Hadi Awang ingin menepis bayangan wahabbi dari dirinya demi memastikan sokongan bukan Islam terhadap PAS.

Namun, bagaimana Hadi Awang dapat menepis hakikat bahawa nyawa-nyawa yang melayang dalam tragedi-tragedi yang disebut di atas adalah berpunca dari PAS yang membawa pengaruh fahaman Wahabbi melalui didikan yang diterima oleh pemimpinnya, termasuk dirinya.

Apapun, yang pasti kesungguhan PAS menepis syak wasangka ini menyebabkan kita semakin syak bahawa ada sesuatu yang mungkin terlantun ke atas batang hidung mereka.

Malaysia Instinct

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s