Dr Asri kejar populariti bodek Lim Guan Eng isu judi ?

Asri dilaporkan pertahan duit Kerajaan Pulau Pinang terima dari hasil judi meskipun Lim Guan Eng sendiri mengakui telah menerima duit hasil dari keuntungan judi.

Nampak seolah olah Dr Asri begitu gelojoh ingin mempertahankan pemberian duit judi kepada warga emas Pulau Pinang walhal jelas PAS sendiri meminta penjelasan dari LGE terhadap perkara tersebut.

Tindakan Dr Asri ini tidak lain kecuali untuk menebarkan fikrahnya tanpa menyedari ia melawan arus majoriti pendapat ulama Islam di Malaysia.

Malaysiakini turut mengangkat penjelasan songsang mantan Mufti Perlis ini dengan menghubungi beliau dari Beijing China. Begitu sekali usaha mereka membela LGE sehingga pandangan ahli agama kontroversi ini telah dicari meskipun hingga ke negeri China.

Jika Namawee menghina Melayu dengan lagunya maka bagi saya Asri Zainal Abidin menghina Agama dan Umat Islam dengan ‘kata kata’ sesatnya.

Kerajaan Pulau Pinang juga cuba menutup isu ini dengan membuat aduan kepada SKMM tentang blog yang mendedahkan perkara tersebut seperti laporan ini http://malaysiakini.com/news/143242

Apa kata jika LGE mendedahkan sumber duit tersebut dan ke mana ia belanjakan untuk tatapan rakyat dan ahli politik lawan atau kawan DAP.

Rakyat sedang memerhati apakah kali ini LGE akan berlakon sebagai Khalifah Umar Ab Aziz atau menjadi pelakon opera yang sudah lupa skrip.

Masalah sekarang ialah LGE menipu mengatakan tidak ada wang judi sebelum mengakuinya. Ternyata warga emas dan orang miskin telah diperdaya oleh LGE tanpa menyedari mereka telah menelan hasil dari duit judi yang diharamkan oleh semua agama di dunia ini.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s