Murugiah nak dapat publisiti bawa cerita palsu tentang BTN ?

BERNAMA melalui artikel bertajuk Biro Pengaduan Awam Siasat Penggunaan Perlembagaan Palsu (sini) melaporkan T. Murugaiah menyatakan pihaknya menerima laporan dari seorang peserta kursus BTN di Johor yang mendakwa kononnya buku perlembagaan palsu telah diedar dan digunakan sebagai rujukan dalam ceramah anjuran agensi berkenaan.
Sepanjang pengetahuan penulis yang mempunyai ramai kenalan dalam sektor awam yang diwajibkan untuk mengikuti kursus BTN, tidak pula sekalipun pernah terdengar peserta diedarkan atau dibekalkan dengan buku perlembagaan ketika mengikuti kursus-kursus anjuran BTN.

Sebelum menulis artikel ini pun penulis bertanyakan kepada beberapa orang rakan yang baru mengikuti kursus BTN sebelum Ramadhan yang lalu. Mereka turut menafikan perkara berkenaan.

Penulis turut dimaklumkan, apa yang dibekalkan kepada peserta ketika sesi ceramah hanyalah buku yang mengandungi penjelasan mengenai slaid-slaid yang dipaparkan oleh penceramah. Di dalamnya ada terkandung beberapa petikan penting perlembagaan antaranya Perkara 14, 152 dan 153.

Buku berkenaan dibekalkan kepada peserta sebagai bahan rujukan untuk persediaan menduduki ujian di hari terakhir kursus. Ia amat membantu mereka kerana tidak perlu menyalin sepenuhnya slaid-slaid yang terpancar di layar putih.

Mereka juga menegaskan buku Pelembagaan Malaysia langsung tidak dibekalkan sepanjang kursus BTN berlangsung.

Yang ada pun mereka hanya ditunjukkan buku Perlembagaan Malaysia (seperti di gambar) oleh Fasilitator ketika sesi Latihan Dalam Kumpulan.

Kebanyakan dari peserta memaklumkan, itulah pertama kali sepanjang hayat mereka melihat buku Perlembagaan Malaysia sedangkan ia sebenarnya banyak dijual di kedai-kedai buku. Harganya pula serendah RM 10.00 saja!

Oleh itu dakwaan bahawa BTN mengedarkan buku pelembagaan palsu adalah tidak berasas dan merupakan fitnah sama sekali. Mungkinkah peserta yang membuat dakwaan ini sebenarnya tidak dapat membezakan Perlembagaan Malaysia yang sebenar dengan buku kompilasi slaid ceramah?

Murugaiah patut mendedahkan siapa pengadu ini supaya kita dapat mengetahui latar belakangnya. Adakah beliau sebenarnya mewakili pihak yang mempunyai agenda untuk menyerang agensi-agensi yang memelihara kepentingan Negara khususnya BTN? Bukankah sebelum ini pun BTN diserang bertubi-tubi oleh Pakatan Haram?

Penulis amat percaya, ini satu lagi agenda untuk memburukkan BTN. Pasti ada tangan ghaib dibelakangnya!

 

tulisan : http://satulimatiga.blogspot.com/2010/10/btn-edar-buku-perlembagaan-palsu-si.html#comment-form

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s