Syabas UIA kerana benarkan pelajar pro komunis berceramah di kampus !

“Terima Kasih” demikian ucapan yang diberikan kepada UIA oleh Fahmi Reza setelah siri “public lecture” Student Power telah berjaya diadakan di kampus berkenaan pada 11 Oktober 2010 di Kulliyah of Engineering. Public lecture ini banyak memutar belit cerita yang sebenar dan menuntut autonomi yang sepenuhnya di universiti. Jika autonomi sepenuhnya dituntut di UIA, maka jawatan Presiden UIA juga perlu diberikan kepada pelajar. Ini kerana Presiden UIA gagal melaksanakan tugasnya untuk membebaskan UIA daripada pengaruh pelajar dan pensyarah pro pembangkang. Malah membenarkan pula public lecture yang ditaja oleh penaja dari asing ini masuk ke kampus untuk meracuni minda pelajar. Fahmi Reza dibiayai oleh Pusat Komas. Pada 16 dan 17 Oktober 2010, KOMAS dan kerajaan negeri Selangor telah menganjurkan Freedom Film Festival di PKNS. Rodziah Ismail (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah datang merasmikan festival tersebut. Turut hadir dalam festival itu adalah beberapa aktivis hak asasi dari Amnesty International serta Hishamuddin Rais. Festival ini sebenarnya ditaja oleh Kondrad Adenauer Stiftung (KAF), sebuah yayasan Yahudi yang beribu pejabat di Berlin, Jerman. Baca artikel ini tentang bahaya KAF. Filem yang dipertontonkan banyak berat sebelah dengan hanya menuduh kerajaan pusat sebagai autokratik. Mengapa tidak ditunjukkan kisah di Kampung Buah Pala Pulau Pinang dan kezaliman merobohkan kedai kedai Melayu di Pulau Pinang? Begitu juga dengan public lecture Student Power, kebaikan perlaksanaan AUKU tidak dipaparkan. Pelajar cuba dirasuk agar mempercayai bahawa AUKU adalah “hantu” yang mencengkam kebebasan pelajar untuk berpersatuan. Presiden UIA perlu bertanggungjawab kerana membenarkan pengaruh luar yang tidak sihat masuk ke kampus. Presiden UIA perlu pecat mereka yang terlibat. Jangan hanya mengikut pekeliling di blog Kit Siang sahaja dan mahu memecat orang yang berjuang untuk negara. Universiti bukan dibina untuk menjadi sarang kepada bercambahnya aktivis pembangkang yang akhirnya keluar mengigit kembali tangan orang membina universiti tersebut. Pelajar perlu bebaskan diri dari khayalan karut bahawa AUKU adalah “hantu” yang mengokong kebebasan pelajar.

http://anginperubahan.blogspot.com/2010/10/presiden-uia-perlu-bertanggungjawab.html

 

Bukti Fahmi Reza pro komunis sila ke laman ini http://kisahpondokusang.blogspot.com/2010/03/fahmi-reza-anak-didik-chin-peng.html

atau baca artikel di bawah.

 

Fahmi Reza: anak didik Chin Peng?

Lembah Pantai bergolak kembali. kali ini kampus Uni.Malaya dilanda demam Fahmi Reza. Siapakah dia? desas-desus mengatakan si Fahmi Reza ini begitu galak menambah kenalan dari Uni.Malaya di laman sosialnya. Hamba lihat sebagai sebuah medium mempromosikan program ceramah Student Power yang hendak diberikannya. berdasarkan informasi, siri ceramah Student Power akan diadakan pada 17 dan 18 Mac ini di kampus UM. tapi siapakah si Fahmi Reza ni sebenarnya? nah,hamba berikan wajahnya bagi siapa yang tidak kenal. sekali lagi dilontarkan siapa dia? hamba sendiri tidak pasti mana asal-usul dan latar belakangnya. tapi apa yang dapat hamba simpulkan dari tilikan dan renungan hamba, dia merupakan seorang pengkhianat bangsa. mengapa? mudah. si Fahmi Reza ini mempunyai agenda pemikiran selari Chin Peng. Fahmi Reza yang kini berusia lingkungan 30tahun ini popular sebagai penghasil filem bebas iaitu “10 Tahun Sebelum Merdeka” dan “Revolusi48”. filem “dokumentari” bebas katanya itu lebih menjurus mencari dan menemubual mereka dari aliran Komunis. sudah tentu ‘status-quo’ garapannya ‘bias’ ke arah komunisme. bagi hamba, ini semua kerana anak pascamerdeka ini tidak jujur dan tulus dalam pembacaan dan kajian sejarahnya. lihatlah sendiri promo-poster filemnya. terang-terangan menonjolkan imej2 gerakan komunis. inikah manusia yang layak memberikan ceramah atau lontaran pendapat mengenai revolusi mahasiswa di era ’60-an? seorang anak pascamerdeka yang mengagung-agungkan gerakan komunis? hamba tidak dapat membayangkan lahir di sebuah negara yang dipimpin oleh pemimpin komunis. namun, tidak hamba nafikan. revolusi mahasiswa ketika zaman ’60-an memberi impak kepada suara watan. mahasiswa ketika itu turun memberikan sokongan kepada agama dan bangsa. contoh yang hamba terfikirkan ketiga tragedi Natrah di Singapura. akan hamba nantikan siri ceramah ‘Student Power’ oleh si Fahmi Reza. akan hamba bandingkan dari perspektif mahasiswa sendiri. semoga kita dapat bersua wahai Fahmi Reza, (itupun kalau program ceramah anda ini mendapat kelulusan dari pihak pentadbiran universiti)…

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s