Dagangan negara capai RM1.169 trilion tahun lalu

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Selepas merosot sebanyak 16.5 peratus dalam dagangan sepanjang tahun 2009, Malaysia bangkit pada tahun lalu dengan mencatatkan peningkatan dagangan sebanyak 18.3 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed berkata, pertumbuhan yang memberangsangkan itu disumbang melalui pemulihan ekonomi yang meningkatkan permintaan untuk kedua-dua iaitu barangan pengeluaran dan komoditi.

Katanya, jumlah dagangan keseluruhan melepasi RM1 trilion iaitu RM1.169 trilion dan jumlah itu hampir sama seperti pra krisis ekonomi pada 2008 yang lalu iaitu RM1.183 trilion.

Menurut beliau, jumlah eksport meningkat sebanyak 15.6 peratus kepada RM639.43 bilion sementara import tumbuh sebanyak 21.7 peratus kepada RM529.19 bilion dengan lebihan dagangan sebanyak RM110.23 bilion.

”Pertumbuhan dalam eksport telah disokong oleh MITI dan para agensinya melalui promosi yang ekstensif dan program-program outreach dengan matlamat menggalakkan golongan swasta mengambil peluang terhadap pemulihan ekonomi dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Program-program yang diperkenalkan MITI termasuk program pembinaan kapasiti, pensijilan dan pematuhan piawaian, pengambilan praktis terbaik, promosi eksport dan penggunaan skim rujukan.

Penggunaan skim rujukan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) turut menyumbang kepada pertumbuhan eksport Malaysia.

Tambah Mustapa, bagi memastikan syarikat-syarikat Malaysia mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi sepanjang tahun lalu, Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang merupakan agensi promosi kerajaan telah menjalankan lebih 200 program dalam bidang pembangunan pengeksport dan promosi eksport.

Malah, jelasnya, Matrade juga telah membawa syarikat-syarikat Malaysia menyertai aktiviti promosi di luar negara dengan memberi tumpuan dalam pasaran tradisional, memperluas pasaran ke negara-negara Brazil, Rusia, India dan China (BRIC) dan juga negara-negara baru muncul seperti Asia Barat, Asia Tengah dan Afrika.

Tambah Mustapa, tumpuan juga diberikan kepada usaha pembinaan jenama di peringkat antarabangsa bagi memberi perbezaan produk-produk Malaysia dan perkhidmatan dalam pasaran yang bersaing.

“ASEAN berterusan menjadi rantau utama destinasi eksport Malaysia dengan nilai sebanyak RM162.45 bilion, iaitu 25.4 peratus daripada nilai eksport keseluruhan.

“Eksport ke negara-negara ASEAN mencatatkan pertumbuhan kecuali ke Brunei yang menguncup sebanyak 7.3 peratus,” ujarnya.

Singapura, China, Jepun, Amerika Syarikat dan Thailand kekal sebagai lima destinasi eksport terbesar Malaysia pada tahun lalu.

Daripada kelima-lima buah negara, Jepun mencatatkan nilai eksport sebanyak RM66.29 bilion.

Mustapa memberitahu, kerajaan memberi tumpuan kepada Rancangan Malaysia Ke sepuluh (RMK-10) dan Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA), program-program promosi untuk tahun ini akan diperhebatkan bagi menjana pertumbuhan eksport yang lebih baik.

Utusan Maaysia

Sent from my iPad

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s