Hari Ini Tahun ke-5 Saddam Hussein Digantung Mati Hari Pertama Raya Haji

Hari ini tahun ke 5 sejak 31 Disember 2006  bekas pemimpin Iraq Saddam Hussein digantung sampai mati.

Fitnah demi fitnah dilemparkan oleh Barat terhadap beliau dan akhir sekali tindakan menggantung Saddam Hussein telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan proksi Barat yang sanggup buat apa sahaja demi kuasa.

Sebelum itu Barat telah menjadikan negara Islam Iraq padang jarak padang tekukur dengan mengebom dan memusnahkan negara yang terkenal dengan kisah Ulama terkenal Syeikh Abd Qadir Al Jilani atas alasan senjata nuklear.

Namun akhirnya tiada senjata ditemui dan jelas tindakan Amerika dan sekutunya menyerang Iraq bermotifkan minyak atau ’emas hitam’.

Moralnya kejatuhan Saddam Hussein bukan membawa kebaikan kepada rakyat Iraq tetapi mengundurkan kembali negara tersebut dari sebuah negara hebat kepada negara yangn mundur dan bermasalah.

Hingga kini rakyat Iraq menderita akibat kesilapan rakyatnya sendiri yang membenarkan Barat menjajah mereka menggunakan barua yang sedia melaksanakan apa jua kehendaknya.

Jangan kita juga menjadi seperti rakyat Iraq dengan membiarkan kita menyokong pihak yang pro Barat.

Ingatlah kejatuhan Libya juga angkara rakyatnya sendiri yang menyangka kejatuhan musuh Barat iaitu Muammar Gaddafi akan menyelesaikan masalah negara tersebut.

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s